|
“Terima kasih Elfira buat saya terbuka hati hadiri kelas agama.”
Demikian kongsi pelakon Sweet Qismina yang mengakui hantaran pengisian kerohanian oleh sahabatnya, Elfira Loy merupakan antara sebab dia mula mengikuti kelas agama.
Menurut Sweet atau nama penuhnya Farhanna Qismina Supandi, 27, sebelum ini dia jarang menghadiri kelas agama berikutan jadual kerja yang padat.
“Alhamdulillah, terima kasih Elfira sebab selalu berkongsi yang baik-baik dalam media sosial sehingga terbuka hati saya nak cuba pergi kelas.
“Selalu nak pergi tapi jadual kerja yang tidak okey,” katanya dalam InstaStory.
Tambah pelakon drama Adam Chempaka itu, dia juga tidak menolak untuk menghadiri lebih banyak kelas agama pada masa akan datang.
“Tapi betul, kalau benda baik takkan tak boleh susun masa?
“Nak pergi lagi kelas berikutnya,” katanya lagi.
Sebelum ini, Elfira yang baru pulang dari mengerjakan haji merupakan antara selebriti kerap hadir ke majlis agama bersama beberapa artis lain.
Sumber: HIBGLAM
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
|
|