View: 21723|Reply: 54
|
[Jenayah]
Netizen Dah Lock Siap-Siap, Menjadikan Tema Untuk 2025!
[Copy link]
|
|
Majlis Olimpik Malaysia hari ini mendedahkan busana rasmi yang akan digayakan oleh atlet Malaysia sempena acara pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, The Malaya yang direka oleh Rizman Ruzaini merupakan gabungan baju kurung dan baju melayu teluk belanga bercorak songket yang diinspirasikan daripada warisan asli Malaysia.
Baju teluk belanga juga dipilih sebagai tanda junjungan kasih buat Yang di-Pertuan Agong Sultan Sultan Ibrahim yang berasal dari Johor.
Selain itu, koleksi The Malaya turut didedikasikan kepada pahlawan negara seperti Datuk Maharaja Lela, Dol Said, Yamtuan Antah, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tuanku Abdul Rahman
Netizen lock busana Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai tema raya
Dalam pada itu, rekaan The Malaya yang sangat anggun dan elegan juga pantas menangkap perhatian dan meraih pujian tidak henti-henti daripada warganet.
Menjengah ke ruang komen hantaran Siakap Keli berkenaan The Malaya,warganet meluahkan rasa gembira dengan rekaan yang mengangkat tradisi Malaysia itu.
Malah, ada juga yang sudah berpakat untuk menjadikan warna hijau zaitu dan rekaan The Malaya sebagai tema sempena sambutan Aidilfitri tahun depan.
Di bawah adalah sebahagian daripada lebih seribu komen yang ditinggalkan pada hantaran berkenaan.
“Boleh lagi fikir sama ada lock warna ini untuk tema tahun depan.”
“Warna ni akn jd pilihan raya 2025.”
“Cantik. Lock warna olive green tahun 2025.”
“Baju raya ke ini? okay lah. Warna yang akan menjadi pilihan ramai untuk raya 2025 insyallah,"
“Lock colour untuk bju raya next year, cun teruk.”
“Selamat hari raya. Cantik dan elegan beraya di Paris.”
Seramai 26 atlet akan mengibarkan cabaran Sukan Olimpik Paris 2024
Dalam pada itu, rakyat Malaysia berpeluan untuk menyaksikan The Malaya digayakan oleh atlet Malaysia menerusi acara pembukaan Sukan Olimpik pada 27 Julai ini.
Tumpuan rakyat Malaysia juga tentunya terarah kepada Datuk Azizulhasni Awang dan Lee Zii Jia yang bakal menjadi sandaran utama meraih emas pertama negara.
Untuk Olimpik edisi kali ini, Malaysia layak bertanding menerusi acara akuatik terjun, akuatik renang, pelayaran, menembak dan berbasikal trek.
Selain itu, negara jug ada wakil dalam acara berbasikal lebuh raya, angkat berat, badminton, golf, memanah dan olahraga. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
The Malaya...Ummah Borneo tak triggered ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Is this olive green? Kenapa i nampak macam Mocha or bronze. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa netizen macam kagum terkujat sgt tengok kaler ni? mcm pertama kali tengok je..
baju & beg aku berlambak kaler ni.. memang cantik pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg special sgt? Biasa je pun...btw iols pun pndai menjahit jugak |
|
|
|
|
|
|
|
seriusly dull gila..lebih pada tema raya, bukan olimpik |
|
|
|
|
|
|
|
itulah, bila member suma tgk cakap cantik giler...ini bukan baju raya nok, ni nak pi opening ceremonly olympics
|
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 26-7-2024 02:20 PM
Is this olive green? Kenapa i nampak macam Mocha or bronze.
Nih mcm golden olive
Warna olive green nih salah satu kesukaan iols
Adoi rengsek la kalau dh jd kaler awam
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Cyempaka replied at 26-7-2024 02:22 PM
kenapa netizen macam kagum terkujat sgt tengok kaler ni? mcm pertama kali tengok je..
baju & beg ...
Dorang ni mmg terikut2 kot
Iols mmg dah risau takut tahun depan depa wat hal lagi mengawamkan kaler2 tertentu
Kebetulan iols igt nak tema recyle je tahun dpn
Memandangkan iols byk pakaian dan tudung color olive ni so igt nk pakai kaler lebih kurang gini laa takyah la nk beli lain dah tp risau gak kalau tahun depan jd color awam
Sekali apa yg ditakuti terjadi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|