View: 42592|Reply: 9
|
[Jenayah]
Terus Tak Nampak, Kamera Bergerak Ke Tempat Lain Semasa Kemunculan Israel Di Olimpik!
[Copy link]
|
|
Atlet daripada Israel dicemuh dan di’boo’ oleh orang ramai ketika Acara Pembukaan Olimpik Paris 2024 yang disiarkan secara langsung, awal pagi tadi.
Lebih menarik, dalam rakaman Radio Televisyen Malaysia (RTM), dapat dilihat dengan jelas jurukamera terus mengalihkan pandangan ke arah lain ketika kontinjen negara tersebut melalui Sungai Seine.
Malah, pengulas juga tidak mengendahkan pasukan tersebut dan terus mengulas mengenai atlet-atlet negara lain seperti biasa.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 3,000 kongsi semula dan 4,200 sukaan.
Tindakan tersebut telah menerima pujian yang menggunung daripada warganet.
Menurut netizen, ia turut memperkukuhkan lagi pegangan rakyat Malaysia bahawa negara tersebut tidak wujud. Secara tidak langsung, tindakan itu juga merupakan satu tanda sokongan kepada Palestin.
Meninjau ke ruangan komen, orang ramai rata-ratanya menyokong tindakan jurukamera dan pengulas tersebut.
“Terbaik pengulas pagi tadi, bila keluar pasukan yang kurang dikenali terus disebut tentang atlet dan jaguh yang perlu diberi perhatian. Secara tidak langsung, penonton pun tahu walaupun negara tersebut kecil tetapi mempunyai jaguh mereka sendiri,” kata Wardina Awatif.
“Syukur. Negara lain pun sudah tahu tentang kekejaman Zionis,” kata Najmi.
“Betullah tindakan alih kamera tu. Sebab tidak ada apa pun yang hendak ditunjukkan. Negara itu tidak wujud,” kata Sayefeek.
Kali ini, Sukan Olimpik diadakan buat pertama kali di luar stadium dengan kira-kira 7,000 atlet dibawa menyusuri Sungai Seine, Paris dengan bot.
Perarakan kontinjen turut diselitkan dengan beberapa nyanyian serta tarian sebagai simbolik meraikan kehadiran 205 delegasi negara yang bertandang ke Paris. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
produksi tu bukan rtm laa..yg puji rtm watpe?rtm cuma salah satu penyiar rasmi kat msia je.aku rasa bukan psl sokong palestine. cuma nak mengelak audio kene booed tu kedengaran sekali kuat jugak la kalo tgk kt X |
|
|
|
|
|
|
|
Masih ada lg penyokong israel ke kt porem ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau la berlaku skt sini, maunya stesen tb tuh kena siasat & boss dia kna reman 40hr |
|
|
|
|
|
|
|
Depa ini kena jaga ketat dari team lain kata nya... During opening sniper pun bersedia... Well known france lobok muslim immigrants (refugees)... Since gaza war muslim refugess amok di france... |
|
|
|
|
|
|
| |
|