CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33258|Reply: 3

[Jenayah] JHEAT tahan tujuh mak nyah berbaju kurung, berpakaian seksi

[Copy link]
Post time 27-7-2024 08:37 PM | Show all posts |Read mode
JHEAT tahan tujuh mak nyah berbaju kurung, berpakaian seksi

Sebahagian mak nyah ditahan atas kesalahan berpakaian wanita dalam operasi dijalankan.

KUALA TERENGGANU - Tujuh lelaki berusia 17 hingga 54 tahun ditahan atas kesalahan berpakaian wanita dalam operasi dijalankan di sebuah kediaman di sini pada malam Jumaat.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Aizi Saidi Abd Aziz berkata, serbuan tersebut dijalankan di tiga buah rumah di sebuah flat dekat bandar Kuala Terengganu kira-kira jam 12.15 tengah malam.

Menurutnya, ketika serbuan terdapat antara lelaki berkenaan memakai baju kurung serta berpakaian menjolok mata.

"Serbuan dijalankan hasil pemantauan beberapa kali oleh pegawai penguat kuasa syariah sebelum ini.

Mak nyah berpakaian baju kurung ditahan.

"Kita dapati mereka selalu berpakaian wanita pada waktu malam dan berada di kawasan beranda rumah.

"Keadaan tersebut telah menarik minat ramai lelaki memasuki kawasan flat itu sekali gus menimbulkan kegusaran dan rasa kurang senang penduduk setempat," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Aizi Saidi berkata, mereka ditahan di bawah Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001 iaitu lelaki yang berlagak seperti perempuan.

"Mereka ditahan telah dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

"Mereka kemudiannya dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah," jelas beliau.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
birahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Menggeletis.

Pakai baju kurung dgn seluar dan sampin la.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 09:58 AM | Show all posts
Alohaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.074884 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list