CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33618|Reply: 6

[Jenayah] Hampir kena scam dengan 'adik ipar', wanita bernasib baik sempat semak guna Truecaller

[Copy link]
Post time 27-7-2024 08:44 PM | Show all posts |Read mode
Hampir kena scam dengan 'adik ipar', wanita bernasib baik sempat semak guna Truecaller

Tangkap layar memaparkan awal perbualan wanita berkenaan dengan scammer itu.

SEORANG wanita hampir menjadi mangsa penipuan selepas seorang individu mengaku sebagai adik ipar menghubunginya untuk meminjam sejumlah wang.

Menerusi hantaran di aplikasi Thread pada Rabu, pengendali akaun dengan nama amizah_hussin berkata, dia pada awalnya meragui tindakan lelaki berkenaan yang menghubunginya secara peribadi di WhatsApp beberapa hari selepas adik perempuannya menikah.

Dia bagaimanapun berpandangan, adalah lebih manis jika mesej itu disampaikan sendiri oleh adik kandungnya.

"Adik aku (perempuan) baru nikah belum masuk seminggu lagi. Tiba-tiba 'adik ipar' baharu itu (menghantar mesej melalui) WhatsApp.

"Kalau betul nak pinjam duit, kenapa bukan adik aku yang WhatsApp? Macam-macamlah bermain di fikiran pada masa itu.

"Aku pun tak tanya adik sebab takut pengantin baharu bergaduh sebab aku, tengok gaya suami dia WhatsApp ini memang adik aku tak tahulah," katanya.

Semakan di Truecaller mendapati nombor telefon itu adalah scammer.


Wanita itu kemudian berhasil memperoleh nombor telefon sebenar adik iparnya untuk mendapatkan kepastian.

Jelas pengguna akaun itu, mereka sememangnya tidak menyimpan nombor telefon ipar atau biras lelaki supaya ada sempadan dan segala pertanyaan boleh sahaja hubungi isteri masing-masing.

"Bila dah dapat nombor telefon suami adik, nombornya tidak sama. Haaa...tiba-tiba aku teringat nak semak di (aplikasi) Truecaller.

"Memang sejak tadi mati-mati aku ingat adik ipar yang WhatsApp. Nama sama, gambar profil (pula guna) foto perkahwinan mereka, status dia letak nama dia dengan nama adik aku.

"Bila semak rupanya scammer. Licik dia buat kerja, nasib aku bersangka buruk. Kalau tidak, terbang RM80 aku. (Guna untuk) Makan kenyang," katanya.

Wanita berkenaan turut berkongsi tangkap layar perbualannya berserta nombor telefon penipu tersebut untuk rujukan orang ramai.

"Kalian simpanlah nombor ini, dia (scammer) mestik tengok Facebook sebab aku ada muat naik gambar kahwin adik di situ.

"Mesti dia buat semakan sikit, jika dia WhatsApp makcik atau pakcik aku yang tidak tahu apa-apa, lebih memburukkan nama adik ipar," ujarnya lagi. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2024 11:18 AM | Show all posts
ishhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pencuri zaman siber
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru beberapa hari lepas pon ada ex classmate aku msg semua org nak pinjam duit. Pastu semalam bini dia ada up status kat facebook tulis whatsapp lakinya kena hack, send msg nak pinjam duit kat contact list
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun pernah hampir kena. Bila i ask for our grandma’s name (bcoz this scammer used tele instead of wassap) terus dia menikus membisu melesap
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
i pun asyik scammer call je.
yp dorg call..non stop call
xfhm betul..call la org yg berduit..
mgu ni je snyp..
i dh block dan xangkt pun call..
ada satu hari tu i angkat call dan i mako..sbb i gugel la kn camna tip xnk scammer call dh..
dorg ckp maki je
dorg xkacau dua hari..pastu kacau lg..berbulan bulan dan boleh katakan setiap hari..benci betul..
nasib mgu ni dh snyp..dah fedap kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2024 02:58 PM | Show all posts
perghhhhhh scammer zaman sekarang dah study dulu walaupun nak scam RM80 ja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.911216 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list