View: 34591|Reply: 1
|
[Jenayah]
Menutup Ruang Udara, Mengakibatkan Masalah Kewangan!
[Copy link]
|
|
Tangkap layar video yang menggunakan teknik timelapse yang menunjukkan tiada penerbangan di ruang udara Paris sempena upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 selama enam jam.
PEMBUKAAN Sukan Olimpik Paris 2024 melakar sejarah apabila tiada penerbangan di ruang udara negara itu selama enam jam.
Ketiadaan penerbangan itu direkodkan dalam video menggunakan teknik timelapse yang turut dikongsikan di media sosial, Flightradar24 pada Sabtu.
Video berkenaan ditonton 300,000 kali oleh pengguna media sosial dengan hampir 12,000 tanda suka.
Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, pengguna media sosial turut merasakan tindakan berkenaan perlu dipuji untuk keselamatan setiap atlet yang mewakili negara masing-masing.
Menurut Kevin_yt2, keselamatan merupakan isu serius apabila mereka perlu menutup ruang udara salah satu bandar terbesar dan terpenting di dunia.
“Ia turut mengakibatkan masalah kewangan dengan penutupan tersebut,” katanya.
Bagi pengguna lain, penghargaan terima kasih perlu diberikan kepada semua anak-anak kapal dan pekerja yang berada di lapangan bagi memastikan setiap kapal terbang berlepas atau mendarat dengan selamat.
“Semua pekerja di menara yang akan memberitahu juruterbang untuk mendarat di kawasan dan tempat yang betul,” kata Inamostert. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lingkup je laaa negara hamba abdi ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|