CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 32135|Reply: 57

[Jenayah] Dipercayai Menuntut Di UIA, Pelajar Guna Seterika Bagi Panas!

[Copy link]
Post time 29-7-2024 05:06 PM | Show all posts |Read mode


Apabila sudah memasuki ke dalam asrama, timbul kreativiti untuk mencipta inovasi bagi menyelesaikan masalah seharian seperti memasak maggi dengan berbekalkan perkakasan yang sedia ada di sekitar premis.

Hal ini kerana banyak asrama yang menghalang pelajar membawa sesetengah perkakasan elektrik kerana takut berlaku lintar pintas dan seumpamanya.

Terbaharu, seorang pelajar yang dipercayai menuntut di Universiti Islam Antarabangsa memperlihatkan bagaimana dia memasak mi segera dengan cara yang cukup kreatif iaitu menggunakan seterika.

Siapa sangka seterika yang biasa digunakan untuk menggosok baju sebenarnya boleh dimanfaatkan juga dalam mendapatkan sumber air panas lalu digunakan buat memasak mi segera?

Di dalam video itu, pelajar tersebut menuang air pada dasar seterika yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Kemudian, air yang mengalir dilihat bertukar menjadi panas lalu melembutkan mi segera yang berisi di dalam bekasnya.

Pelajar itu juga sempat memberi pesanan untuk menggunakan seterika yang baharu dan bukannya dalam keadaan karat kerana takut dijangkiti kuman pula. Dia menambah lagi yang anda perlu menunggu sekitar 3 minit untuk memastikan mi segera dimasak dengan betul.

Video itu berjaya meraih 1.3 juta jumlah tontonan, 60.6k likes dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen di platform TikTok. Rata-rata meluahkan rasa teruja melihat cara yang cukup unik untuk memasak mi segera tanpa perlu menggunakan water heater.

Dalam masa sama, ramai juga yang berkongsi bahawa ada cara lain lagi untuk memasak maggi dengan menggunakan seterika yang biasa dibuat oleh pelajar asrama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2024 05:07 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2024 05:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau minta air kat kafe iol dlu dia caj, 20-50 sen utk air panas. Blh bawa bekas, nnti dia tolong isikan. Better lah dari guna seterika ni.
Tpi uia xkan xde filter water. Klo xde kne install satu utk satu asrama. Uol bayar duit maintenance kolej
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak trauma sikit tengok seterika sisssssss….. terus rasa nak letup satu badan sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 05:21 PM | Show all posts
Ada water heater, mcm coil. Masuk dlm bekas.
Benda ni dah tak jumpa dah, sbb di gantikan dgn kettle letrik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2024 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat masa ni seram nak sebut bendalah tu..tukar nama ler
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
iols pun trauma dgr nama sterika ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2024 05:40 PM | Show all posts
Bijik ape ni isu semasa.
Tajuk clickbait lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape ni? X hygiene lerrrr. Kot ade kwn perfectionist, iron suar dalam guna iron tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 05:51 PM | Show all posts
bpbbppbp replied at 29-7-2024 09:13 AM
Kalau minta air kat kafe iol dlu dia caj, 20-50 sen utk air panas. Blh bawa bekas, nnti dia tolong i ...

Ada mahallah (hostel) yg ada coway untuk kegunaan pelajar.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalah buat keje mcm ni..air Tu X panas pun nk kasik kembang maggi..Pegi la.pinjam ketel atau pun pegi ambik air panas kt  coway ..bukan dh disediakan ke coway cuckoo bagai
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 05:53 PM | Show all posts
Boleh je bawa kettle letrik, cuma kena register & bayar sikit.

Pengurusan asrama nak pastikan penggunaan barang letrik terkawal, untuk keselamatan penghuni jugak.

Dah tu ada je asrama yg sediakan coway/cuckoo utk kegunaan penghuni.

Kdg2 budak2 ni saja nak buat content bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
bkn ke water heater blh bawak..
kwn i dia pkai iron bju utk iron rambut dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kita dlu bawa rice cooker jer...x pening pon.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pulak trauma tengok seterika tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
asma87 replied at 29-7-2024 06:08 PM
Aku pulak trauma tengok seterika tu..

Kannnnnnn, lagi2 kalau student lelaki. Jgn la depa pi suka2 tekap kat telur kawan2 ke. Nayaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 06:20 PM | Show all posts
Astaghfirullah. Kettle tak ada ke? Kalau tak boleh bawa kettle, pasti la asrama tu ada sediakan mesin utk dapatkan air panas.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 06:28 PM | Show all posts
pooh~key replied at 29-7-2024 05:15 PM
Akak trauma sikit tengok seterika sisssssss….. terus rasa nak letup satu badan sissy.



Alahai Akak.. itu baru seterika dunia.  Kalau seterika akhirat, langsug hilang kata2.  Bukan setakat letup satu badan bahkan lebur semuanya. 2x arwah le....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 06:35 PM | Show all posts
Anggaplah sekadar utk content sahaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.067585 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list