CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10616|Reply: 3

[Tempatan] Purata gaji di Kuala Lumpur paling tinggi, Kelantan terendah

[Copy link]
Post time 30-7-2024 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Purata gaji di Kuala Lumpur paling tinggi, Kelantan terendah
Oleh Mahanum Abdul Aziz - Julai 29, 2024 @ 9:20pm
[email protected]


Rafizi menerima buku Banci Ekonomi 2023 daripada Mohd Uzir (kanan) sambil disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron (kiri) pada Majlis Peluncuran Penemuan Banci Ekonomi 2023 di Putrajaya, hari ini - NSTP/AIZUDDIN SAAD


PUTRAJAYA: Individu yang bekerja di syarikat beroperasi di Kuala Lumpur menerima purata gaji sebulan lebih tinggi berbanding negeri lain iaitu RM4,196, demikian mengikut penemuan Banci Ekonomi 2023.

Ia kemudiannya diikuti oleh Selangor sebanyak RM3,563 dan Pulau Pinang sebanyak RM3,496.

Ini disusuli oleh Labuan (RM3,491), Melaka (RM3,115), Sarawak (RM3,077), Negeri Sembilan (RM3,025) dan Putrajaya (RM2,994).

Berikutnya Johor dengan RM2,987, Terengganu (RM2 ,793), Kedah (RM2,721), Perak (RM2,679), Pahang (RM2,628), Sabah (RM2,381), Perlis (RM2,253) dan Kelantan yang paling rendah (RM2,070)


Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata Kuala Lumpur jelas menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi.

Beliau berkata, bagi Kuala Lumpur, pekerja yang menerima purata gaji sebulan tertinggi adalah yang berkerja di sektor perkhidmatan iaitu dalam aktiviti perkhidmatan telekomunikasi dengan RM9,457.

"Ia diikuti oleh pekerja dalam aktiviti pemprograman dan penyiaran RM8,629 dan perantaraan kewangan, RM6,946," katanya pada Majlis Peluncuran Penemuan Banci Ekonomi (Be) 2023 oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron.

Mohd Uzir berkata, Selangor turut merekodkan purata gaji sebulan tertinggi di sektor perkhidmatan.

Beliau berkata, nilai gaji bulanan tertinggi dicatatkan oleh aktiviti telekomunikasi iaitu RM7,580 sebulan, diikuti oleh pekerja bagi aktiviti maklumat dan pengatucaraan komputer iaitu masing-masing merekodkan purata gaji sebulan sebanyak RM7,186 dan RM7,112.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata, Pulau Pinang merekodkan purata gaji sebulan tertinggi di sektor pembuatan.

Katanya, purata gaji bulanan tertinggi direkodkan oleh pekerja dalam aktiviti pembuatan produk elektrik, elektronik & optikal iaitu RM4,790 sebulan.

Mohd Uzir berkata, jumlah bilangan pekerja untuk keseluruhan sektor juga mencatatkan peningkatan 1.8 peratus dengan 10 juta orang pekerja pada 2022.

Beliau berkata, mewakili lebih separuh daripada jumlah pekerja pada tahun 2022, sektor perkhidmatan mencatatkan pertambahan sebanyak 2.8 peratus dengan sejumlah 5.8 juta orang.

Tambahan pula, katanya, sektor pembuatan merekodkan 2.3 juta orang dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 1.5 peratus.

Sebaliknya, bilangan pekerja menurun bagi sektor pertanian, pembinaan dan perlombongan & pengkuarian, katanya.

Pada masa sama, jumlah gaji dan upah dibayar meningkat sebanyak 5.4 peratus setiap tahun, berjumlah RM354.9 bilion pada 2022.

Peningkatan tertinggi direkodkan oleh sektor perkhidmatan pada 6.5 peratus kepada RM204.4 bilion; diikuti dengan sektor pembuatan yang meningkat sebanyak 5.8 peratus kepada RM97.2 bilion.

Oleh itu, purata gaji dan upah bagi keseluruhan sektor adalah RM3,332 pada 2022, berbanding RM2,584 pada 2015.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku still tak dapat beza kementerian ekonomi dan dosm
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut jgn kira purata gaji. Kalau gap terlampau besar pon x tunjuk kan keadaan sebenar. Suppose guna la rate kuasa membeli ke. Yg tu baru better. Kat kelantan gaji rm3000 mungkin agak berada berbanding duk KL
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 11:24 PM | Show all posts
Maju bersama Isleiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.182524 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list