View: 11986|Reply: 14
|
[Tempatan]
"Dulu kamu bagi kapal Israel masuk tak apa pula, tak ada doa Qunut Nazilah" - PM Anwar Ibrahim
[Copy link]
|
|
Oleh Muhamad Lokman Khairi - Julai 29, 2024 @ 5:55pm[email protected]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Kenduri Madani di Pusat Kegiatan Komuniti Taman Perpaduan Koperasi 2 Tambun hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak tindakan pembangkang yang menggunakan doa, khususnya Qunut Nazilah sebagai alat politik.
Perdana Menteri berkata, doa itu tidak sepatutnya dibacakan untuk tujuan melaknat kerajaan semata-mata tidak sependapat dalam soal politik seperti mana ditegur golongan mufti sebelum ini.
Beliau turut mempersoalkan pendirian golongan terbabit berhubung tindakan kerajaan dipimpin perdana menteri sebelum ini yang membenarkan kapal Israel masuk dan berlabuh di Malaysia.
"Doa ini bukan politik sebab itu mufti beri pandangan. Ini kata kita tak setuju doa...siapa kata kita tidak setuju doa? Hari-hari kita doa, lepas solat kita doa, tapi bukan doa melaknat orang lain," katanya ketika berucap pada Kenduri Madani di Pusat Kegiatan Komuniti Taman Perpaduan Koperasi 2 Tambun, hari ini.
Pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, Ahli Parlimen PN mengaminkan bacaan doa Qunut Nazilah selepas Dewan Rakyat menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, selama enam bulan.
Wan Ahmad Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat susulan dakwaannya mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Keputusan penggantungan itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, selepas usul berkenaan mendapat sokongan majoriti dalam undi belah bahagi, dengan 110 Ahli Parlimen bersetuju dan 63 tidak bersetuju, manakala tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.
Bacaan doa Qunut Nazilah itu diketuai Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
Tindakan itu mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan bacaan Qunut Nazilah untuk mendoakan kehancuran seteru politik sebagai amalan ekstremis dan pelampau.
Bagaimanapun, Wan Ahmad Fayhsal menafikan tindakan itu, sebaliknya menegaskan bacaan doa itu ditujukan kepada penyokong genocide seperti syarikat pelaburan BlackRock.
Anwar turut mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) tidak membacakan doa Qunut Nazilah ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melaburkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kira-kira RM600 juta kepada BlackRock.
"Ketika 2020, PN, PAS dan BERSATU, dia bagi BlackRock RM600 juta, duit mana? Duit KWSP, kenapa ketika itu tak salah, kenapa tak baca doa Qunut Nazilah?
"Kamu bagi kapal Israel masuk tak ada doa. Ya, saya mesti suarakan. Selalu saya tak jawab, biar orang lain jawab, PM jangan jawab, PM kena cakap baik-baik, tetapi saya kena cerita dengan orang Tambun.
"Bila kita hentikan kapal Israel masuk? 2023. Bila kapal Israel masuk? 2002 semasa Tun Dr Mahathir jadi PM (kemudian diteruskan) semasa Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masa itu ada PAS dan BERSATU (dalam kerajaan)," katanya.
Pada majlis itu, Anwar turut meluluskan peruntukkan RM200,000 untuk naik taraf jalan masuk ke Masjid Ar-Rashid yang terletak bersebelahan lokasi acara itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun mengingatkan ahli kariah supaya tidak menjadikan masjid sebagai tempat menanam bibit permusuhan dan fitnah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Ketika 2020, PN, PAS dan BERSATU, dia bagi BlackRock RM600 juta, duit mana? Duit KWSP, kenapa ketika itu tak salah, kenapa tak baca doa Qunut Nazilah?...'
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tapi dulu masa Pas pakatan dengan PH pun ramai2 buat baca doa kat stadium laknat Umno.
Berdoa siapa siapa boleh doa, biar lah Tuhan yang decide nak granted or not.
Takut ker dengan kehebatan doa?
Maknanye takut la tu dengan Allah juga bila dah buat salah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tonggang la ugama untok kemakmuran partai.
Tolong fokus kat kerja la politikus negara. Masalah dalam negara bertingkat2...buat2 buta. Masalah supply beras pun tak settle. Haktui |
|
|
|
|
|
|
|
Ok faham.......dulu be end sakau project lcs ko jadikan modal politaik berdegar2 ko membangkang skrg bila ko perintah teruih diam x berkutik.
Dulu ko juga hentam jibun jd piem & menkew skrg ko lg teruk 5 jwtn terus sakau.
Skrg apa2 ko nk buat ko bg alasan kjn dulu blh knp skrg aku perintah x blh plk????.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 30-7-2024 08:51 PM
Woow... Memang betollah jika Malaysia yang dipimpin oleh PMX Imam Mahdi sebagai anak bangsa melayu mahawangsa dan penguat kuasa alam melayu patutlah menjadi suri tauladan dalam menerapkan aturan dan norma agama islam oleh banyak negara-negara islam di seluruh dunia dan alam semesta ini ..
TAHNIAH kami ucapkan intuk negara berasaskan islam jelmaan dan warisan empayar bani usmaniyah dari Alam Melayu yang bernama MALAYSIA ....
Ingat saat ini hanya Malaysialah yang ditakdirkan oleh Allah yang mampu dan handal untuk mengembalikan dan memperbaiki maruah agama islam kembali sebagai dasar Tamadun Baru Melayu dan Dunia...Hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
haiyoo.. dah cepatla buat sesuatu pmx. dh jgn duk tunding kat org lain lg. hang tu pm tau dak? bukan pembangkang dahh |
|
|
|
|
|
|
|
ladybugz replied at 30-7-2024 08:17 PM
haiyoo.. dah cepatla buat sesuatu pmx. dh jgn duk tunding kat org lain lg. hang tu pm tau dak? bukan ...
Terlalu lama jadi pembangkang..sampai dah jadi kerajaan pun, bangkang pembangkang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak buat salah nape panas? |
|
|
|
|
|
|
|
Makin kuat kederat mesin basuh buruk menyepin . |
|
|
|
|
|
|
|
btol..asik cari slh org..tindakan mane?p konsert AR rahman lagi hokey
|
|
|
|
|
|
|
| |
|