View: 30902|Reply: 37
|
[Jenayah]
Disediakan Bersama Picagari, KKM Melarang Penjualan Ais Krim Yang Dicampur Ubat Batuk!
[Copy link]
|
|
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melarang penjualan produk ais krim yang dicampur dengan ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) oleh sebuah rangkaian premis jualan ais krim.
Menerusi satu kenyataan rasmi, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) telah membuat semakan terhadap aktiviti penjualan tersebut. Didapati bahawa ais krim tersebut disediakan bersama picagari yang berisi ubat batuk berkenaan.
“Di bawah Seksyen 13B (2), Akta Makanan 1983 tidak membenarkan penyediaan atau penjualan apa-apa makanan yang diadukkan.
“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM20,000 auta penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya,” petik kenyataan rasmi KKM.
KKM juga mengarahkan semua premis yang menjual produk tersebut untuk menghentikan serta-merta penjualan produk berkenaan bagi tujuan keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.
Pada masa sama, semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial perlu menghentikan penyiaran iklan produk makanan tersebut.
“Orang ramai juga adalah dinasihatkan supaya lebih peka dengan isu keselaamtan makanan dan perlu sentiasa berhati-hati dalam membeli produk makana yang mungkin diaduk dengan bahan yang tidak sesuai atau tidak selamat untuk dimakan,” kata KKM.
|
|
|
|
|
|
|
|
lama tak makan icecream inside scoop.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa makin pelik2 makanan skarg..td baru tgok buat Kopi letak segala butter whipping cream..Ni ubat batuk siap syringe letak kt aiskrim...weyhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
i dah balum dua botol cap ibu anak sebab batuk2
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku mula2 baca iklan diorang ais krim campur ubat batuk pun dah geleng. Ubat kotttt... kalau ubat batuk perisa ais krim boleh la terima. Ni potray ais krim campur ubat pastu budak2 leh makan banyak kali.. |
|
|
|
|
|
|
|
ternmpk gak iklan tu..tak sangka betul2 diorg gunakan ubat batuk rupanya.. ingatkan perisa je |
|
|
|
|
|
|
|
knp nak kene campur ubat batuk tu??? nak bg lalok2 ke???
baik telan je sebotol ubat batuk tu, nak sejuk boh dlm fridge dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
'Ubat' batuk cap ibu dan anak tu tak ada racun berjadual. Benda tu cuma herba dan sirap. Sebab itu ia boleh dijual di mana-mana. Ubat batuk yang ada racun berjadual biasanya dijual di farmasi. Bahan seperti Diphenhydramine biasa ada dalam ubat batuk dan ia adalah racun berjadual.
Ini contoh ubat batuk yg saya selalu beli jika batuk. Ini ada racun berjadual Diphenhydramine.Memang mujarab tapi mengantuk
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pelik2 makanan sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 30-7-2024 08:00 PM
i dah balum dua botol cap ibu anak sebab batuk2
Uols ada gastrik/gerd tak? Cer tanya doktor. Sesetengah kes, batuk sbb gastrik. Asid tu ganggu kerongkong (ke macamana term dia) sbb tu batuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Haritu ada org makan ice cream vanila topping kicap
Tak sure kat msia or oversea
Ada inside scoop dekat area rumah hurmmm suka waffle dia pun sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Apa motif taruk ubat batok tu nak kasik sedap ice cream ke apa udah takde perisa lain ke nak taruk? |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa punya idea lah ni. Awat masa proposal x da org yg bijak kat x company ni untuk bangkang ke.. common sense la.. ubat batuk kot.. mentang2 la zayn malik promot haritu |
|
|
|
|
|
|
|
i beli breacol ok sikit. dapat buang kahak lega betul. |
|
|
|
|
|
|
|
[AceHand SPECTaceLAR]
RM 20, 000 pong kena auta...?
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelik kenapa nak jual dgn ubat batuk? Ada org suka perasa tu ke? Ubat batuk pun jenis ubat jalanan pulak yg waswas kalau minum masa batuk, ingredient pun tak pasti apa.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 30-7-2024 08:00 PM
i dah balum dua botol cap ibu anak sebab batuk2
Iols suka ubat batuk ni tau
Sedap..hahahah |
|
|
|
|
|
|
| |
|