View: 11453|Reply: 0
|
[Dunia]
Tentera Israel letupkan 30 telaga air di Gaza
[Copy link]
|
|
Tentera Israel letupkan 30 telaga air di Gaza
https://www.bharian.com.my/dunia ... -telaga-air-di-gaza
Julai 31, 2024 @ 9:35am
Rakyat Palestin mengumpul air di tengah-tengah kekurangan bekalan ketika konflik antara Israel dan Hamas berterusan, di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza. - Foto REUTERS
GAZA: Tentera Zionis Israel meletupkan lebih 30 telaga air di Gaza bulan ini, sekali gus memusnahkan sumber bekalan air kepada penduduk Gaza, menurut seorang Pegawai Majlis Perbandaran.
Tindakan itu menambahkan trauma penduduk yang sebelum ini mengalami serangan udara sehingga menjadikan sebahagian besar kawasan Palestin sebagai kawasan tandus yang dilanda krisis kemanusiaan.
Perbuatan itu dilihat sebagai strategi regim Zionis menjejaskan sumber bekalan makanan dan minuman bagi menggunakan 'kebuluran sebagai senjata perang' terhadap penduduk Palestin.
Ketua Rangkaian Air di Majlis Perbandaran Khan Younis, Salama Shurab, berkata telaga berkenaan dimusnahkan oleh tentera Israel antara 18 hingga 27 Julai lalu di bandar selatan Rafah dan Khan Younis.

Sebaliknya, ia juga menyebabkan penduduk Gaza menghadapi kesukaran untuk mendapatkan keperluan asas seperti air untuk diminum, memasak atau mencuci.
Penduduk Palestin berjalan berhampiran lopak air kumbahan, di tengah-tengah konflik Israel-Hamas, di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza. - Foto REUTERS
Orang ramai menggali telaga di kawasan tandus berhampiran laut di mana pengeboman memaksa mereka berpindah atau bergantung pada air paip masin dari satu-satunya akuifer Gaza, yang kini sudah tercemar dengan air laut dan kumbahan.
Kanak-kanak berjalan jauh untuk beratur di tempat pengumpulan air sementara dan selalunya tidak cukup kuat untuk membawa bekas yang diisi dengan mengheretnya pulang di atas papan kayu.
Kota Gaza kehilangan hampir semua keupayaan untuk menghasilkan air dengan 88 peratus telaga air dan 100 peratus kilang desalinasi rosak atau musnah, menurut laporan terkini dari Oxfam.
Sebelum telaga itu dimusnahkan, rakyat Palestin sudah pun menghadapi krisis air yang serius serta kekurangan makanan, bahan api, dan ubat-ubatan.
Keadaan itu menambah kesengsaraan yang dihadapi akibat perang Gaza, yang kini sudah memasuki bulan ke 10.
Cawangan tentera Israel yang menguruskan aktiviti kemanusiaan, COGAT, memberitahu Reuters ia sudah menyelaraskan pembaikan saluran air dengan pertubuhan antarabangsa dan 'berpuluh-puluh' telah dilakukan pada bulan lalu termasuk satu di utara Semenanjung Gaza.
Kerja-kerja lain termasuk pembaikan kuasa di loji penyahgaraman dan pembinaan saliran tambahan sedang dijalankan.
Kata COGAT, Hamas dan pejuang lain disyaki menyerang infrastruktur awam dan laluan bantuan kemanusiaan, menambah kerumitan dan bahaya menyampaikan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan ke rantau itu. - REUTERS
|
|
|
|
|
|
|
| |
|