View: 11449|Reply: 24
|
[Tempatan]
Nelayan menua: 'Kita tak mahu suatu hari nanti sektor perikanan negara dimonopoli warga asing'
[Copy link]
|
|
Nelayan menua: 'Kita tak mahu suatu hari nanti sektor perikanan negara dimonopoli warga asing'
https://www.bharian.com.my/berit ... or-perikanan-negara
Julai 31, 2024 @ 8:06am
(Gambar fail) Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mahu golongan belia menceburi sektor perikanan sebagai nelayan moden.
Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata pembabitan golongan belia sebagai nelayan muda dan moden adalah sangat penting kepada sektor perikanan negara bagi memastikan kelestarian sekuriti makanan di Malaysia.
"Kementerian akan terus menyokong usaha murni ini agar profesion nelayan tidak dianggap sebagai kerja 3D (kotor, bahaya dan sukar), sebaliknya suatu kerjaya yang dapat memberi peluang pekerjaan kepada belia serta mendatangkan pulangan hasil lumayan.
"Ini kerana kita tidak mahu suatu hari nanti, sektor perikanan negara dimonopoli oleh warga asing. Kita berdepan cabaran... kita mempunyai nelayan serta petani yang menua, dan masalah ini bukan saja di negara kita malah hampir di semua negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Ke-39 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), di sini, semalam, yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah NEKMAT, Abdul Hamid Bahari.
Mengulas lanjut, Arthur memaklumkan bahawa melalui pusat bertauliah bawah KPKM, terdapat tiga institusi menawarkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berasaskan industri perikanan, iaitu Kolej Pertanian Malaysia (KPM) di Kedah, Kolej Perikanan Sultan Nazrin Shah (KPSN) di Perak serta Akademi Perikanan Malaysia (APM) di Terengganu.
"Selain penyediaan kemudahan-kemudahan termasuk yuran percuma, elaun makan dan penginapan percuma, pelatih juga didedahkan kepada pelbagai teknologi moden yang memberi banyak faedah seperti penggunaan simulator pemanduan bot nelayan serta perisian Virtual Reality (VR) aktiviti penangkapan ikan," katanya.
Dalam pada itu, Arthur berkata, KPKM memberi jaminan akan menjaga kebajikan nelayan sekiranya terjejas dengan fenomena Monsun Barat Daya.
"KPKM akan usahakan jika nelayan terjejas, dengan menyediakan bantuan daripada tabung bencana dan sebagainya, bagi memastikan golongan itu memperoleh pendapatan untuk meneruskan operasi perikanan mereka," katanya.
Terdahulu, Arthur dalam ucapannya berkata, urus niaga NEKMAT bagi tahun berakhir 2023 berjaya mencatat keuntungan bersih lebih RM9.32 juta.
"Prestasi keuntungan NEKMAT amat membanggakan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengerusi dan pengurusan NEKMAT. Semoga dapat meningkatkan keuntungan dalam usaha memperkasakan sosioekonomi masyarakat nelayan di negara ini.
"Bagi saya, nelayan merupakan penyumbang penting dalam memajukan sektor perikanan negara dan pada masa sama, turut memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi serta terjamin," katanya.
Tahun ini, beliau berkata, kerajaan masih meneruskan skim subsidi diesel dan petrol kepada nelayan, dengan kuota diesel bersubsidi yang telah diluluskan ialah sebanyak 70 juta liter pada kadar harga subsidi ditetapkan RM1.65 seliter bagi diesel serta petrol.
Justeru, pihaknya berharap nelayan dapat memanfaatkan subsidi itu dengan baik dan telus tanpa menjual kembali kepada pihak tidak bertanggungjawab.
Sementara itu Pengurus Besar NEKMAT, Azrin Shah Ismail, berkata pihaknya berharap kerajaan akan meneruskan subsidi bahan api untuk nelayan kerana ia dapat meringankan kos operasi mereka ke laut.
"Sekurang-kurangnya jika kerajaan memberi elaun sara hidup dan insentif subsidi minyak ini, dapat membantu sebahagian kecil nelayan," katanya. – BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bukan nelayan je.. pertanian pun sama. Budak2 skrg rela merempit pakej jadi biawak hidup mak pak tanggung. Kalau kahwin nanti dok dalam reban pun tak pe kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Habis semua nk keje ofis
warga asing dia punya org muda nk ke jd nelayan petani
|
|
|
|
|
|
|
|
i last weekend ke Berjaya Times Square, alang2 masuk NSK nk grab few item. Melangkah masuk ja, terus i rasa mcm kt Dhaka. Pekerja dan customer majority from Bangladesh.
Fening sis!
Nak buat mcmana kan, anak muda kita nk pergi latihan industri pun minta parents belikan kereta. Kalau suruh kerja part-time2 ni mmg ngak mauuuu. |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 muda skrg gigih nk jadik influencer pastu belajar malas |
|
|
|
|
|
|
|
Ada je generasi pelapis sektor perikanan ni. Tak duduk dlm bidang tu mana la org lain nk tau... negeri2 & daerah2 yg mana salah 1 sektor ekonominya perikanan & pertanian ni elok je memasing. Cuma biasalah ada musim2 tertentu mmg terjejas la pendapatan sedikit sebanyak. |
|
|
|
|
|
|
|
nti bakal mak mentua pak mertua hina kerja nelayan
dasar b40 busuk kepam katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kau buat filem drama semua petani nelayan ni profesyen orang miskin hidup kais pagi makan pagi..rumah buruk macam nak roboh...sapa je yang nak jadi nelayan |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 31-7-2024 01:53 PM
nti bakal mak mentua pak mertua hina kerja nelayan
dasar b40 busuk kepam katanya
Betul tu. Perempuan mana yang nak kan nelayan sebagai bakal suami? Yang aku nampak setakat ni sume nak bakal suami keje pejabat bergaji rm9000 je. |
|
|
|
|
|
|
|
SedihPedih replied at 31-7-2024 12:15 PM
i last weekend ke Berjaya Times Square, alang2 masuk NSK nk grab few item. Melangkah masuk ja, terus ...
NSK Subang Jaya pung sama.. .ramai bangla. |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 31-7-2024 01:53 PM
nti bakal mak mentua pak mertua hina kerja nelayan
dasar b40 busuk kepam katanya
kan...pompuan kan nak bakal somi gaji rm9k dan ke atas... |
|
|
|
|
|
|
|
Bakal mak mertua tak akan pandang kau walaupun kau ada bot pukat tunda,mereka pandang jika kau ada kereta Honda walaupun loan 9 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga generasi2 baru ni lebih proper operation nya... yang kita tau yang kat ganu tu, yang buat kapal nelayan laut dalam sendiri, cuma harap dia boleh kembang lagi pesat supply ke negeri2 lain....
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan cemas dan khawatir ... there is a simple solution with win win scenario ...
Import lebih banyak Bangla, Rohingya, Pakistan, Nepal, afrika, Yaman etc etc untuk antisipasi masalah kekurangan pekerja di masa hadapan ... Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Lambakan warga asing sampai kedai2 mkn meribrown kedai roti runcit market2 potong rumput security guard petrol semua mereka sapu, selayaknya mereka kontrol brg mentah dan brg subsidi |
|
|
|
|
|
|
|
Takde yg nak keja2 mcm ni
Semua nak keja ekon....duk dpn hp, buat content da duit.
Ijazah pun aku beli...katanya |
|
|
|
|
|
|
|
SedihPedih replied at 31-7-2024 12:15 PM
i last weekend ke Berjaya Times Square, alang2 masuk NSK nk grab few item. Melangkah masuk ja, terus ...
Parent skrg pon 2x5, entah mcm mana didik ank jd lembik. Ank xnk pegi skolah, layankan je kehendak ank. Ank duduk rumah xkeje pon biar je. Pdhal family b40 |
|
|
|
|
|
|
|
Sblm korang mengata budak1 xnk kerja berpanas teruk nih, aku nk tny..ada tak acik2 forum yg nk bermenantukan nelayan????
Kalo spesies mak mertua kassim selamat baik ngaku jerlahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Mana diorg tau xde org nak jadi nelayan...padahal banyak je org nak amik lesen nelayan tu tapi x dapat. Lesen tu klau dapat boleh la apply minyak subsidi. Nelayan pun ada kroni2 gak..bukan sesuka hati boleh kawasan org lain. Kesimpulannya x ketandusan pun budak2 muda jadi nelayan. Yg muda2 ni dah advance buat pakej bot memancing lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Secret recipe pon bangla keje. Potong kek kecik drp biase. Aku suh dia bukak kotak kek aku balik itu ari. Aku bgtau cashier, pesal kek aku separuh je size drp biase dah la aku beli 2 pcs. Babi tol! |
|
|
|
|
|
|
| |
|