CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4893|Reply: 11

[Tempatan] GPS beri amaran kepada PKR supaya tidak tanding pada PRN Sarawak

[Copy link]
Post time 31-7-2024 02:58 PM | Show all posts |Read mode
GPS beri amaran kepada PKR supaya tidak tanding pada PRN Sarawak

https://m.malaysiakini.com/news/713755

Diterbitkan:  Jul 31, 2024 1:20 PM
Dikemaskini: 2:06 PM



Pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abdul Karim Rahman Hamzah memberi amaran keras kepada PKR, dengan menggesa parti itu supaya tidak perlu mengambil bahagian pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Pada sidang media di Kuching, semalam, Abdul Karim, yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) memberi amaran bahawa penglibatan PKR boleh menjejaskan kestabilan gabungan itu di bawah kerajaan perpaduan.

“Lagipun di peringkat persekutuan kita sudah menubuhkan kerajaan perpaduan bersama.

“Jadi kalau dalam kerajaan perpaduan kita bersama, janganlah dalam pilihan raya semangat itu tak ada lagi,” katanya yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dipetik oleh Utusan Borneo.

Selepas tidak ada parti mahupun mana-mana gabungan yang memperoleh majoriti jelas pada pilihan raya umum ke-15, Pakatan Harapan, BN, GPS dan Gabungan Rakyat Sabah membentuk kerajaan campuran dan melantik Anwar Ibrahim dari PKR sebagai perdana menteri.

Walaupun mereka adalah sekutu di peringkat nasional, GPS mengawal pentadbiran Sarawak manakala DAP duduk di bangku pembangkang.

Mengulas lanjut, Adun Asajaya itu berkata nasihat sedemikian adalah perlu untuk mengekalkan kestabilan dan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

“Pada masa ini, Dewan Undangan Negeri Sarawak terdiri daripada 82 kerusi dan hanya dua kerusi sahaja dimiliki pembangkang, iaitu kedua-duanya DAP, tiada PKR.

“Maka tidak berbaloilah," katanya.

Pada PRN Sarawak lalu, GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memenangi empat, dan DAP dua. PKR kalah semua 28 kerusi yang ditandinginya

PSB dibubarkan pada Mac tahun ini, dan semua ahlinya diterima masuk ke dalam Parti Demokratik Progresif, salah satu ahli gabungan GPS.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 04:20 PM | Show all posts
tu diaaaa.  abang jo jangan bagi muka ke puak2 hahahahhhantu gigi...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 04:24 PM | Show all posts
sabah dan sarawak nie mmg susah nak bagi parti dari semenanjung masuk. UMNO sabah pun mcm nak mampus. PAS jgn nak harap. yg peliknya DAP senyum mekar di borneo.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
awat SAMA2 DLM KERAJAAN MADANI nak lawan..jugok??? Ada misi tersembunyi ke PKR ni???
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 04:42 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 31-7-2024 04:24 PM
sabah dan sarawak nie mmg susah nak bagi parti dari semenanjung masuk. UMNO sabah pun mcm nak mampus ...

salah tu chuols...kena padam nama sabah dari list.

Sabah ..parti semenanjung semua senang masuk ya...umno, bersatu (ketua menteri skrg under bersatu ya walaupun nak tiru ala2 sarawak buat gabungan GRS bagai), PKR malah PAS pun adaaaaa. Semua demi duittttt...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan Sarawak iol kte Sarawak x suka dap. Pkr ni kan geng dap. Masuk pun confirm kalah. Baik xyah masuk brtnding gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2024 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Parti gps ni memang bangsat sekor2.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul2 gaduh atau gaduh2 manja jer?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2024 08:12 AM | Show all posts
tobobon replied at 31-7-2024 04:42 PM
salah tu chuols...kena padam nama sabah dari list.

Sabah ..parti semenanjung semua senang masuk ya ...

kan I dah mentioned UMNO sabah pun macam nak mampus. sabah je nampak senang sikit parti semenanjung nak masuk tapi skrg rasa nak tembus semakin sukar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti jangan lupa bagi warning jangan naikkan harga petrol di sabah sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
tanding je.bukan x biasa pkr hilang deposit kat borneo ni nak takut apa.betul2 pondan gps ni.kalo gertak nak tarik federal gud luck le
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts

Malu oiiii... PKR tu parti PMX kot selamba je dia sound jangan gatal nak bertanding. Dia lagi power dari PMX... PMX kena dengar cakap dia. Kahkahkah nampak sangat telur dah kena pegang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.150508 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list