View: 36584|Reply: 20
|
[Jenayah]
Membuat Mekap-Mekap Tengkorak, Ustaz Tegur Tak Boleh Buat Upacara Keagamaan!
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok apabila pendakwah terkenal iaitu Ustaz Jafri Mahmoodi menyuarakan pandangannya tentang satu trend yang semakin popular di media sosial iaitu ‘Trend Poco Loco’.
Menurutnya, trend yang melibatkan individu bersolek menyerupai tengkorak itu berkait rapat dengan upacara rakyat Mexico yang dipanggil sebagai ‘The Day of The Dead’.
Mengikut kepercayaan mereka, upacara ritual yang dianjurkan setiap 1 atau 2 November tersebut merupakan hari di mana ‘dunia’ orang yang sudah meninggal dunia akan bertemu dengan manusia yang masih hidup di muka bumi.
Roh tersebut dikatakan akan balik ke rumah mereka dahulu dan menziarahi ahli keluarga. Bagi menyambut orang yang sudah roh ini, ahli keluarga akan menganjurkan majlis makan, tarian dan juga memakai mekap menyerupai tengkorak.
Dilarang Lakukan Konten Berkait Rapat Dengan Agama Lain
Jelas pendakwah berkenaan, adalah penting buat umat Islam untuk menyelidik sesuatu perkara dahulu sebelum melakukannya.
“Tak boleh sewenang-wenangnya nak buat walaupun tujuan itu hanya bermain-main. Bila ada kaitan dengan urusan agama orang lain maka kita tak boleh untuk buat.
“Nasihat saya sebelum nak buat apa-apa konten elok juga kalau kita nilai dan check dahulu sejarah atau latar belakang perkara tersebut. Adakah dia sekadar upacara kebudayaan ataupun dia upacara keagamaan.
“Jika dia upacara budaya, tiada masalah. Tetapi kalau dia ada hubung kait dengan upacara keagamaan maka kita tak boleh buat dan perlu kita tinggalkan,” kata Ustaz Jafri.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ”
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dalam kalangan mereka.”
Di akhir perkongsian tersebut, Ustaz Jafri menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu konten. Tambahnya lagi, terdapat banyak lagi trend di luar sana yang boleh dilakukan bagi menambah jumlah pengikut di media sosial masing-masing.
Latar Belakang The Day Of The Dead
Menerusi semakan kami, The Day of The Dead (Dia De Los Muertos) merupakan satu hari yang menggembirakan buat penduduk Mexico kerana mereka dapat mengimbau semula kenangan bersama orang yang sudah meninggal dunia.
Memetik National Geographic Kids, orang ramai akan menyalakan lilin agar roh boleh mencari jalan pulang ke rumah. Makanan kegemaran si mati juga akan disediakan sebagai persiapan jikalau roh berkenaan berasa lapar.
Kalau anda nak tahu, hari tersebut merupakan cuti umum di Mexico. Menurut History, perayaan itu adalah sambutan yang sudah diamalkan sejak dahulu lagi dan merupakan kepercayaan orang asal Mexico.
Sepanjang hari itu juga, anda boleh lihat tengkorak palsu di merata-rata tempat sebagai tanda menghormati nenek moyang mereka. Bukan itu sahaja, ia juga bertujuan untuk memperingati orang ramai tentang hari kematian.
Individu berpakaian seperti rangka akan melakukan pelbagai perkara pelik dan ‘random’ pada hari tersebut sebagai contoh bermain gitar, mandi, atau memasak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mcm beruk pun ada..
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 31-7-2024 08:32 PM
Mcm beruk pun ada..
Mawas
|
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz ni org kg aku. Aku dulu mengaji dgn arwah mak dia. Beliau beristeri 3 ye. Yg bongsu tak keja. Dok umah jaga anak2 madu. Haaa giteww. |
|
|
|
|
|
|
|
Vida sewel ...attention what do u expect |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 31-7-2024 11:29 PM
Ustaz ni org kg aku. Aku dulu mengaji dgn arwah mak dia. Beliau beristeri 3 ye. Yg bongsu tak keja. ...
Ustaz jafri ni orang belah mana ya aloq staq ka? Dia ada buat biz apa lagi selain terima jemputan ceramah ni? Kat radio kedah fm sekarang segmen tazkirah kot memang dengar suara dia la. Kadang iols layan juga ceramah dia kat youtube..tak boring. |
|
|
|
|
|
|
|
ustaz ni i ok je. cara dia ceramah kita tak tahu pun bini dia berapa.
|
|
|
|
|
|
|
|
hungry ghost festival.. seronok benor demer meraikan hantu2, roh2 ye.. while malays, dgr hantu, roh pun dah naik semua bulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 1-8-2024 09:50 AM
Ustaz jafri ni orang belah mana ya aloq staq ka? Dia ada buat biz apa lagi selain terima jemputan ...
Org Perlis. Dulu2 sblm glamer dia ada bukak pondok dkt Bukit Gantang. Skrg ni dia kasi abg dia yg urus rasanya. Keturunan dia semua hensem lawa. Mak ayah dia putih melepak. |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 1-8-2024 12:51 PM
Org Perlis. Dulu2 sblm glamer dia ada bukak pondok dkt Bukit Gantang. Skrg ni dia kasi abg dia yg ...
Orang perlis rupanya. Iols start perasan dia kat tv alhijrah waktu tu ada sketsa raya tahun bila tak ingat. Ada beberapa pelakon lain lagi termasuk ustaz jafri dengan bell ngasri. Iols taktau kata ustaz jafri ni ustaz. Sebab dressing pakai kemeja petak2 lengan panjang seluar jeans baju tuck in. Rambut sikat tepi. Nampak sempoi aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk kes ni setuju dgn Ustaz. Sbb makin merepek semua trend nak ikut. Entah hapa2. |
|
|
|
|
|
|
|
i dh rasa mmg x boleh first time tgk trend ni dibuat org melayu islam. ni semua upacara keagamaan diorg. to i bukan la ustazah or ustaz. thank u la kat ustaz ni tolong tegurkan. |
|
|
|
|
|
|
|
X nampak mcm tengkorak tp beruk |
|
|
|
|
|
|
|
Kannn. Best ceritanya. Iolls yg dewasa pon suka ceritanya. Tak nak OT, bila tgk orang2 buat video ni, iolls cakap takkan la deyols tak tau benda ni memperingati orang yg dah mati. Bukan budaya kita, bahkan tak relate dgn agama kita. Peghak sangat nak ikut trend tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Poco loco?? Sapa yang duk rai menda ni kat malaysia????????
Tak pernah tahu punnnnnn ada org merai menda ni kat malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
|