CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29030|Reply: 3

[Tempatan] Kerajaan setuju buka semula kes Beng Hock, janji lebih telus, kata PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 1-8-2024 06:43 PM | Show all posts |Read mode
K'jaan setuju buka semula kes Beng Hock, janji lebih telus

https://m.malaysiakini.com/news/713984

Diterbitkan:  Aug 1, 2024 5:59 PM
Dikemaskini: 6:38 PM



Kerajaan bersetuju supaya pihak polis membuka semula kertas siasatan berkait kes kematian mendiang Teoh Beng Hock, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar turut memberi jaminan siasatan kali ini akan dilaksanakan secara telus dan adil tanpa campur tangan mana-mana pihak, khususnya mengambil kira pandangan Mahkamah Rayuan pada 5 September 2014 berhubung kes tersebut.

"Saya mendengar segala keluhan dan beberapa permintaan daripada pihak keluarga.

“Saya telah lama mengikuti rapat kes ini dan memahami kesedihan serta penderitaan keluarga yang telah sekian lama memperjuangkan keadilan buat mendiang," katanya dalam hantaran di media sosial, petang ini, sambil melampirkan gambar pertemuannya dengan keluarga mendiang.

Pertemuan itu dihadiri ibu bapa mendiang Teng Shuw Hoi dan Teoh Leong Hwee, anak mendiang Teoh Er Jia dan adiknya Teoh Lee Lan.

Isteri mendiang, Soh Cher Wei turut hadir di bangunan Jabatan Perdana Menteri namun tidak menyertai pertemuan itu.



Turut hadir Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat perdana menteri, Ramkarpal yang juga peguam keluarga mendiang berkata Anwar akan bertemu Ketua Polis Negara Razarudin Husain tidak lama lagi mengenai perkara itu.

"Anwar telahpun menyatakan bahawa dia akan membangkitkan perkara ini dengan pihak polis, KPN dalam masa yang terdekat.

"Dan apa-apa langkah follow up juga akan dimaklumkan kepada keluarga Beng Hock melalui saya selaku peguam keluarga mendiang, " katanya.

Dalam gambar yang dikongsikan Anwar di Facebook menyaksikan dalam pertemuan di Putrajaya itu, Leong Hwee (ayah mendiang) berkerusi roda dan memegang sekeping gambar Beng Hock.

Pada 17 Julai lalu perdana menteri menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan keluarga mendiang.

Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009, di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat semalaman di Ibu Pejabat SPRM Selangor, dan dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan itu.

Sebelum ini, Lee Lan menggesa DAP menggunakan kekuatan yang dimilikinya di Parlimen bagi menggesa agar kematian abangnya disiasat sebagai kes bunuh.



Dalam ucapan ketika acara ulang tahun ke-15 kematian Beng Hock pada 22 Julai lalu, dia berkata mahkamah telah memutuskan kematian abangnya sebagai homisid.

Pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan kematian Teoh berpunca daripada tindakan seorang atau beberapa orang tidak dikenali, termasuk pegawai SPRM yang menyoal siasatnya.

"Kami harap DAP dapat menggunakan kekuatan 48 kerusi Parlimennya dalam kerajaan perpaduan untuk menyeru siasatan kes Beng Hock dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (kesalahan bunuh).

"Kami harap DAP dapat gunakan kuasanya untuk mengubah kes ini dan menyuarakan kekecewaan yang telah kami suarakan sepanjang 15 tahun ini. Tangkap pelaku dan dakwa mereka di mahkamah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2024 06:45 PM | Show all posts
hint : saya ulam
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kes dia ni dulu ek hari tu nak sembang dgn bapak aku tp kitorang pun tak ingat main story dia pasal apa dia ke sprm utk disoal siasat
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 07:02 PM | Show all posts
fefeeling replied at 1-8-2024 06:56 PM
Apa kes dia ni dulu ek hari tu nak sembang dgn bapak aku tp kitorang pun tak ingat main story dia pa ...

dulu ada naratif yang dibuat seolah olah TBH ni whistle blower yang kunun2nya nak dedahkan salahlaku najib

tapi sebenarnya TBH dipanggil ke pejabat SPRM untuk disiasat atas kes salahlaku ahli DUN DAP pada masa tu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.043140 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list