CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32235|Reply: 19

[Tempatan] Pulis minta bantuan kesan Askar Kem Terendak Muhammad Fakrullah Nazri hilang lebih sebulan.

[Copy link]
Post time 2-8-2024 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MELAKA – Seorang anggota tentera Kem Terendak, Sungai Udang dekat sini yang sepatutnya kembali bertugas pada 24 Jun lalu dilaporkan hilang tanpa jejak sehingga ke hari ini.



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan kehilangan Muhammad Fakrullah Nazri, 21, telah dibuat oleh bapanya pada 20 Julai lalu memaklumkan pemuda itu tidak dapat dikesan selepas keluar rumah pada 24 Jun.



Katanya, mangsa yang telah berkhidmat selama dua tahun dikatakan telah keluar rumah pada pukul 8.10 malam untuk melapor diri bertugas di kem berkenaan selepas tamat tempoh bercuti.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan tidak hadir bertugas. Ketika keluar rumah mangsa menaiki sebuah motosikal nombor pendaftaran MBR 7230 Jenis Yamaha 135LC warna hijau.

Sehingga hari ini mangsa gagal dihubungi dan dikesan. Laporan di buat bapanya di Balai Polis Tanjung Kling,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kali terakhir mangsa keluar dengan berpakaian baju T berkolar warna biru dan seluar coklat, selain memakai kasut sukan.



“Ciri fizikal mangsa adalah rambut pendek bewarna hitam, kulit hitam manis, badan kurus dan anggaran tinggi 172 sentimeter.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Sarjan Mejar Zulkeple Berahim di talian 010-505 2368 atau Balai Polis Tanjung Kling 06- 351 1222,” ujarnya. K Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2024 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
AWOL. Kes buli jugak ke? Bnyk jugak kes AWOL sbb kena buli.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak nak bantu. Carilah sundirikkk.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 09:31 AM | Show all posts
Kesian... semoga dia selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Track balik laluan dia.. ramai dah eksiden sendiri/ kena langgar lari, dah lama br jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:18 AM | Show all posts
Ada kes diorg tak nak sambung jadi tentera. Nak quit banyak proses so menyorok kat mana2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita harapksn polis dan askar utk jaga rakyat...tapi orang sendiri pun boleh hilang sebulan tanpa khabar berita.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
jika askar nk quit bukan senang, pengalaman tgk rakan kampung lari dari askar, smpai polis askar cari, ada yg bertahan sampai 10tahun gak bru quit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2024 11:33 AM | Show all posts
acik2 ritual xmau komen ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 12:00 PM | Show all posts
tungkai replied at 2-8-2024 10:18 AM
Ada kes diorg tak nak sambung jadi tentera. Nak quit banyak proses so menyorok kat mana2.

yes, iols penah jumpa depan mata kes gini. Budak laki ni umur awal 20an, bapak dia pegawai atasan tentera so nak anak dia jadi tentera jugak, askar. Tapi anak dia ni taknak. So dia lari keluar dari kem senyap2 pastu pegi ke kuantan pastu penang pastu kl pastu entahlah. Masa jumpa tu, budak ni macam takut2 yang takut orang kenal dia dan angkut bawak balik ke kem gitu la.

iols tahu pun sebab kawan dia esoknya datang, dia bukan askar. Dia citer la kat iols. Sebenarnya dia dah lebih sebulan tak balik kem sebab nak quit. Kalau kena tangkap pun, dia akan dibicarakan kat mahkamah askar kot namanya. Takleh quit sukasuki gitu je katanya. Ingatkan boleh resign macam tu je
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Lari lah tu. Tg kling dgn kem terendak tu bukannya jauh pon. 10 minit je. Jalan kat situ pon busy
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 04:08 PM | Show all posts
Harapnya selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kem tu bukan kem komando ker
Balik la dik
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Meninggal mengejut kot. Terus MIA.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 2-8-2024 04:00 AM
yes, iols penah jumpa depan mata kes gini. Budak laki ni umur awal 20an, bapak dia pegawai atasan  ...

Sedangkan cikgu nak resign pun bukan senang uols...Kena hadap orang tu, orang ni. Bukan terus2 boleh benti.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah dulu ada askar lari dr kem pastu duk berlindung sembunyi sembunyi dekat area rumah iols memang nampak ketakutan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2024 08:07 PM | Show all posts
Kalau didiamkan sahaja selepas sebulan hilang kemungkinan orang2 terdekat pun tak rasa dia mati accident.

Kenapa eh askar ni susah nak quit?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mawardia replied at 2-8-2024 07:56 AM
Tak nak bantu. Carilah sundirikkk.

Hahahaha somehow akak likeeeeee sangat komentar kau ni sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 2-8-2024 08:12 PM
Hahahaha somehow akak likeeeeee sangat komentar kau ni sissy.

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jumpa di kedai makan dkt melaka juga
Info dari tiktok
Abang dia jumpa dia dlm keadaan bingung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 134596 Replies : 3803
Raysha rizrose pregnant
nhaoRaysha rizrose pregnant
Views : 133 Replies : 1
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 43095 Replies : 653
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
intan_smsbSAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
Views : 26442 Replies : 7
Ramai antara pesakit diebetes yang mengikuti modul rawatan saya telah pun berhenti mengambil insulin dan semakin pulih-Dr Siti Juariah Kusni(Dr. Jue).Anda nak coba?
YgBenarRamai antara pesakit diebetes yang mengi
Views : 57480 Replies : 18
Berita 8 September 2024:Dakwa polis tiada SOP, Pengarah JSJK selar tuduhan Betty Banafee sebagai tidak bertanggungjawab
YgBenarBerita 8 September 2024:Dakwa polis tiad
Views : 36811 Replies : 3
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8521 Replies : 100
Walaupun  tidak memberikan pulangan yang lumayan,Khazanah Pertahan Pelaburan Berjumlah RM27 Juta Pada FashionValet
YgBenarWalaupun tidak memberikan pulangan yang
Views : 61940 Replies : 117
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 75071 Replies : 68
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 103135 Replies : 1631

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.058278 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list