Kuala Lumpur: Keluarga Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak mahu untuk berjumpa dengan keluarga tertuduh kerana menyifatkan ia sudah terlambat.
Bapa kepada arwah Zulfarhan, Zulkarnain Idros, 60, berkata, sepatutnya mereka boleh meminta maaf sejak 2018 lagi ketika kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
"Walaupun saya tidak menafikan bahawa ada seorang bapa tertuduh yang berjumpa dengan saya meminta maaf, saya katakan mereka membuat salah dengan anak saya, bukan dengan saya.
"Jika saya terima permohonan maaf itu pun, anak saya sudah tiada, kalau mereka (keluarga) nak (hendak) memohon maaf, kenapa tunggu sekarang, kita banyak kali jumpa di mahkamah.
"Waktu awal perbicaraan dulu, kita berselisih bahu pun tidak bertegur seolah-olahnya macam anak saya pula yang bunuh anak dia (keluarga tertuduh)," katanya.
Menurutnya, dia sekeluarga reda dengan suratan takdir namun tidak menerima perlakuan oleh tertuduh terhadap arwah sehingga sanggup menekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk kemaluan.
Katanya, perlakuan itu amat kejam malah mungkin binatang pun tidak melakukan perbuatan sedemikian.
"Tidak mengapalah, saya tidak mahu berjumpa dengan keluarga tertuduh, cukuplah," katanya.
"Waktu awal perbicaraan dulu, kita berselisih bahu pun tidak bertegur seolah-olahnya macam anak saya pula yang bunuh anak dia (keluarga tertuduh)," katanya.
Mmg penyakit jiwa sesetgh org..dia yg jahat dia pulak yg play victim...sama juga yg kaki hutang..dah berhutang tetiba buat musuh org yg bagi hutang
ye masa awal2 dulu aku kesian ngan mak ayah okt ni. dah la tua dok jauh, keje plak cikgu, polis.. mana nak hadap muka anak buat hal smpai mcm ni. tapi mengenangkan parents okt belagak langsung ingat tak bersalah, terus aku padankan muka je family okt ni semua. smpai Allah dah tnjuk cash anak kena hukum gantung pon tak serik lagi. 1 je mintak moga dijauhkan anak n family aku dari kes macam ni