View: 3430|Reply: 5
|
[Tempatan]
Mengatakan Ada Kuota Khas, Diberikan Peruntukan Untuk Bawa Tetamu Sendiri!
[Copy link]
|
|
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria menegaskan dia mempunyai kuota khas untuk membawa tetamu sendiri bagi menonton acara dalam temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Bercakap kepada Malaysia Kini, kuota yang diberikan kepada beliau tiada kena mengena dengan atlet atau pegawai pasukan yang mewakili negara.
“Sebagai presiden BAM dan MOM saya diberikan peruntukan untuk bawa tetamu sendiri. Saya ada kuota khas, tidak kena-mengena dengan atlet,” katanya.
Sebelum ini tular di laman x yang menunjukkan satu gambar yang memaparkan individu didakwa isteri dan anak lelaki Norza yang mempunyai kad akreditasi dan menonton acara Olimpik di Paris.
Isu ini menimbulkan kemarahan peminat badminton tanah air ekoran pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang terpaksa menghadapi perlawanan di Sukan Olimpik tanpa ditemani jurulatih profesionalnya, Nova Armada.
Ia berikutan kad akreditasi yang terhad dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bagi temasya edisi kali ini.
Namun Jin Wei dibantu Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky dan jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen.
Acara badminton berjaya menyumbang pingat bagi negara selepas pasangam Aaron Chia/Soh Woo Yik dan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memenangi pingat gangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
bersangka baik lah yg dia pakai duit dia sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tahun ni ke netizens perasan?
Benda ni dah bertahun jadi cuma takde yg highlight
Norza ni patut lama dah letak jawatan tapi disebabkan kabel kuat dengan raja pasir berdengung jadinya dia sentiasa selamat lah
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan ada orang lain dalam BAM ka yg patut kena? Tu yg roslin bising2 haritu...
|
|
|
|
|
|
|
|
abas8888 replied at 6-8-2024 01:05 PM
bukan ada orang lain dalam BAM ka yg patut kena? Tu yg roslin bising2 haritu...
Sapa orang lain tu bro?
Kambing hitam ka
Di ni dari staff bawah sampai ke atas bukan ngam dengan dia and I am sure dia aware orang dok benci kat dia
Dah perangai kau macam hanat mana la orang tak benci
|
|
|
|
|
|
|
|
Nuart pasti senyapp tak berkutik khensss kalo kena geng sendiri..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|