View: 3644|Reply: 0
|
[Tempatan]
Pengeluaran KWSP si mati tanpa penama boleh dikemukakan waris terdekat sahaja
[Copy link]
|
|
Pengeluaran KWSP si mati tanpa penama boleh dikemukakan waris terdekat sahaja
Oleh Ercy Gracella Ajos - Ogos 6, 2024 @ 11:53am
[email protected]
KUALA LUMPUR: Pengeluaran simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang meninggal dunia tanpa penama boleh dikemukakan menerusi permohonan oleh waris terdekat sahaja.
KWSP berkata, bagi yang sudah berkahwin, permohonan boleh dikemukakan oleh waris terdekat seperti pasangan atau anak atau ibu bapa atau pentadbir pusaka.
Bagi yang belum berkahwin pula, permohonan boleh dibuat oleh ibu bapa atau adik beradik atau pentadbir pusaka.
"Pihak waris perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti surat kuasa mentadbir atau geran probet atau perintah pembahagian pusaka atau perintah faraid sebagai lampiran permohonan.
"Hanya pihak yang dilantik atau dinamakan sahaja layak untuk membuat tuntutan pengeluaran berdasarkan perintah atau bahagian yang dinyatakan dalam dokumen terbabit," katanya kepada BH.
Dalam pada itu, KWSP berkata, urusan pengurusan dokumen atau borang-borang berkaitan tidak memerlukan bantuan peguam lantikan.
"Lantikan peguam tidak diperlukan bagi urusan permohonan Pengeluaran Kematian di KWSP," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|