CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4640|Reply: 0

‘Influencer’ Buat Podcast Dipaksa Tidur Dengan Madu Ditahan Polis, Pecah Masuk Rumah Bekas Suami

[Copy link]
Post time 7-8-2024 10:19 PM | Show all posts |Read mode






Memetik Harian Metro, seorang wanita berusia 20-an dan juga merupakan pensohor media sosial telah ditahan polis setelah didakwa memecah masuk rumah bekas suami dan madunya pada 22 Julai lalu.


Sebelum ini, wanita itu pernah mendedahkan kisah rumah tangganya menerusi satu siaran langsung di TikTok.


Difahamkan, penahanan reman itu dibuat setelah pihak polis daerah Kota Bharu ada menerima laporan daripada bekas madu wanita itu.


"Wanita itu menyedari rumahnya dipecah masuk dan mendapati sliding door (pintu gelongsor) hadapan dalam keadaan terbuka."


"Beberapa barangan juga didapati hilang dan pengadu juga menjumpai satu beg plastik ubat di atas meja di dalam biliknya, tertulis nama perempuan yang dikenali olehnya dan suami."


Hasil siasatan mendapati terdapat kesan umpil pada pintu jeriji keselamatan dan pintu cermin hadapan.


Suspek juga mengaku telah masuk ke dalam rumah semasa ketiadaan bekas madunya.








Terdahulu, tular satu video memaparkan dua wanita dipercayai suspek yang mendakwa dirinya sering dikasari bekas suami selain mendakwa dirinya telah dipaksa melakukan perkara di luar batasan seperti tidur dan mandi bersama madu.




Sumber : Beautifulnara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.044973 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list