View: 48659|Reply: 7
|
[Jenayah]
KEMAS KINI: Suspek tikam 2 wanita guna pisau rambo dikenal pasti. KES: Polis buru lelaki tikam, cederakan 2 wanita di sebuah surau di Kelana Jaya
[Copy link]
|
|
Edited by antikorok at 10-8-2024 05:38 PM
MUTAKHIR
Polis buru lelaki tikam, cederakan 2 wanita di surau
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]
Anggota polis mengawal serta meninjau kawasan perkarangan sebuah surau di Kelana Jaya hari ini. FOTO BERNAMA
Petaling Jaya: Polis masih giat memburu lelaki yang menikam dan mencederakan dua wanita di Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah berhampiran sebuah sekolah agama rakyat di Jalan SS 5A/10 Kelana Jaya, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, polis menerima laporan kejadian pada 1.48 tengah hari.
"Seorang wanita menghubungi 999 memaklumkan dua wanita cedera ditikam dengan senjata tajam dipercayai pisau.
"Kedua-dua mangsa menerima rawatan awal daripada pasukan perubatan Bulan Sabit Merah yang hadir di lokasi dan mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrulnizam berkata, mangsa pertama cedera di perut dan kepala manakala mangsa kedua luka besar di lengan kiri dan kedua-duanya dilaporkan stabil.
"Siasatan awal, mangsa mendakwa tidak mengenali suspek dan polis sedang menyiasat motif serangan itu," katanya.
Katanya, polis kini sedang mengesan suspek dipercayai warga tempatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan dua wanita cedera dalam kejadian serangan seorang lelaki di sebuah surau di Kelana Jaya , di sini, hari ini.
Disiarkan pada: August 9, 2024 @ 7:44pm
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-2-wanita-di-surau |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KES
Polis buru lelaki tikam 2 wanita di Kelana Jaya
Ogos 9, 2024 @ 11:07pm
Oleh Safeek Affendy Razali
[email protected]
Anggota polis berkawal di perkarangan sebuah surau di Kelana Jaya selepas
KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian serangan terhadap dua wanita di kawasan sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA) di Kelana Jaya, tengah hari tadi.
Dua wanita yang ditikam membabitkan seorang guru berusia 52 tahun dan seorang jurujual berusia 26 kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawaran di Hospital Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizal Ja'afar berkata,pada masa ini pihak polis mengenalpasti suspek adalah seorang lelaki tempatan.
"Berdasarkan siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak mengenali suspek terbabit dan pihak polis sedang mengenalpasti motif serangan ini.
"Pada masa ini salah seorang mangsa cedera akibat dilibas di perut dan kepala manakala seorang lagi mangsa yang juga guru mengalami luka besar di lengan dan tangan kiri," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Shahrulnizam berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian berkenaan pada jam 1.48 tengah hari tadi yang berlaku berhampiran surau yang turut menempatkan sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA).
"Semasa kejadian, kedua-dua mangsa menerima rawatan dari pegawai perubatan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia sebelum dikejarkan ke Hospital Shah Alam.
"Pada masa ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya ditalian 03-79662222 bagi membantu siasatan.
https://www.bharian.com.my/berit ... nita-di-kelana-jaya |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
|
|
|
|
|
|
|
|
apa kes sebenarnya ye.. ada baca katanya suspek melarikan diri dgn kereta mewah, mangsa kenal ke dgn suspek |
|
|
|
|
|
|
|
Hurm pelik kes ni
Satu lagi kes kebakaran kat pagoh pun sesuatu sangat
Mana thread kebakaran tu? Tak sabar nak tau apa yg berlaku sebenarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga sipelaku dapat diberkas dan diberikan hukuman yang setimpal |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 10-8-2024 05:36 PM
NASIONAL
Suspek tikam 2 wanita guna pisau rambo dikenal pasti
Ogos 10, 2024 @ 2:13pm
Oleh Safeek Affendy Razali
[email protected]
Dua wanita cedera dipercayai diserang seorang lelaki menggunakan pisau di dalam tandas sebuah surau, berhampiran sekolah agama rakyat di Kelana Jaya, semalam. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti lelaki yang menyerang dua wanita menggunakan pisau rambo di kawasan surau sekolah rendah agama (SRA) di Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, berkata pada masa ini pihaknya menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Petaling Jaya, sedang berusaha mengesan suspek terbabit.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar. Gambar fail
"Pihak polis memperoleh satu rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah berhampiran tempat kejadian yang menunjukkan kereta dinaiki suspek meninggalkan kawasan surau selepas kejadian berlaku.
"Berdasarkan maklumat diperoleh, pasukan operasi sedang berusaha menangkap suspek terbabit. Setakat ini, kita masih belum mengenal pasti motif serangan kejadian itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian sekitar jam 1.45 tengah hari semalam, suspek seorang lelaki dipercayai warga tempatan bersenjatakan pisau rambo menikam seorang jurujual wanita berusia 26 tahun dan guru besar berusia 52 tahun dalam kawasan SRA di Kelana Jaya.
Berdasarkan siasatan awal polis, kedua-dua mangsa dilaporkan tidak mengenali suspek.
Shahrulnizam berkata, pihak polis sudah merakam percakapan tujuh saksi bagi membantu siasatan, sekali gus mengenal pasti suspek terbabit.
Sementara itu, beliau berkata, seorang daripada mangsa iaitu guru besar sekolah dibenarkan keluar hospital dan tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, untuk membantu siasatan, manakala seorang lagi mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam.
https://www.bharian.com.my/berit ... rambo-dikenal-pasti |
|
|
|
|
|
|
| |
|