Edited by stingerkaypoh at 11-8-2024 07:53 AM
Harapan pingat emas pertama negara di pentas Olimpik lebur selepas Azizulhasni sah tersingkir dalam pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024.
Ia susulan tindakan Azizulhasni yang memotong pacer dalam heat pertama pusingan awal acara keirin itu sekali gus cubaan untuk meraih emas terkubur.
Biarpun pasukan berbasikal negara cuba membuat rayuan, namun berdasarkan senarai pelumba ke pusingan 'repechages' menyaksikan nama Azizulhasni tiada dan ini bermakna kelibat pemenang pingat perak dan gangsa di Olimpik Tokyo 2020 dan Rio 2016 tidak akan kelihatan.
Ini bermakna harapan pasukan berbasikal trek kini disandarkan di bahu seorang lagi pelumba, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang menamatkan perlumbaan heat 5 di tempat ketiga, sekali gus akan bersaing di pusingan 'repechages'.
Terdahulu, Azizul berlumba di heat pertama bersama dua finalis edisi lalu, Matthew Glaetzer dan Jair Tjon En Fa selain Ota Kaiya, Rayan Helal serta Jeffrey Hoogland.
Dia yang mulakan saingan di kedudukan keenam, cuba membuat gerakan awal dengan memotong pelumba lain sebelum pacer keluar daripada trek.
Harian Metro
|