View: 51265|Reply: 22
|
[Jenayah]
Tidak Menyampaikan Kepada Negara Sendiri, Nenek Menyampaikan Pingat Kepada Negara Lain!
[Copy link]
|
|
Berasal dari Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 62, menerima penghormatan untuk menyampaikan pingat kepada para pemenang acara terjun 3 meter papan anjal pada Jumaat.
Pelakon kelahiran negeri Perak itu berkongsi perasaan terujanya mendapat peluang keemasan itu menerusi akaun Instagram miliknya.
"Penyampaian pingat Olimpik pertama saya kepada salah satu sukan kegemaran saya. Hebat. Tahniah kepada China dan Australia. Anda memang layak," katanya.
Sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik (IOC), Yeoh dilihat tidak henti-henti memberikan sokongan padu buat atlet yang berjuang di temasya sukan terkemuka itu.
Terdahulu, pelakon tersebut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-62 pada 6 Ogos dan menerima ucapan dari Universal Pictures.
Bersempena sambutan hari ulang tahun kelahiran Yeoh, Universal Pictures turut memberi sumbangan kepada Yayasan Pelarian Olimpik atas namanya sebagai sokongan.
Yeoh turut dikenali dalam usaha beliau mengetengahkan isu-isu kemanusiaan, dengan memberi penekanan kepentingan penyertaan atlet-atlet pelarian.
"Mereka telah berjuang dengan lebih gigih dan melakukan perjalanan lebih jauh untuk sampai ke Paris.
"Mereka adalah Pasukan Olimpik Pelarian. Sila sokong mereka dengan sepenuh hati. Apabila anda melihat mereka, tunjukkan sokongan anda dengan berkongsi hati anda dengan mereka.
"Bersama-sama, pasukan ini mewakili lebih 100 juta pelarian di seluruh dunia. Mari kita sokong mereka dengan penuh semangat dan bangga," kata Yeoh menerusi salah satu hantaran Instagram peribadinya.
Yeoh turut memuat naik gambarnya bersama para atlet dari pasukan tersebut.
Dalam kerjayanya sebagi pelakon antarabangsa, Yeoh menjadi orang Asia pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar 2023 menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.
Pada Mei lalu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah menyampaikan Pingat Kebebasan Presiden kepada Yeoh. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I ol dah perasan lama dah org tua ni tak bangga pun dgn negara Malaysia ni.
Malaysia je yg lebih2 claim dia, bagi pangkat, konon harumkan nama negara.
Apo.
Dia pandang Malaysia pun tidak.
Sudah2 lah bertepuk sebelah tangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Cemana nekmichelle boleh dilantik sbg ajk ioc?
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 11-8-2024 04:09 PM
Cemana nekmichelle boleh dilantik sbg ajk ioc?
Kalau baca dr google dipilih oleh ioc sendiri based on criteria tp kalau baca dr malaysian olympic punya website katanya ada votes juga, tp aiols musykil kenapa pilih org yg x duduk negara ni pun kalau betulllah tugas ioc member tue adalah untuk represent ioc di negara ini, masa kat sana ada x nek ni go and supporr malaysian athletes? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bf/ laki luar nikah dia kan org france |
|
|
|
|
|
|
|
Dah boleh gunting ic la nyonya
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah_ary2 replied at 11-8-2024 06:27 PM
Kalau baca dr google dipilih oleh ioc sendiri based on criteria tp kalau baca dr malaysian olympic ...
Iols lebih suka Dr Farrah Hani untuk galas tanggungjawab. Tapi mungkin dia sibuk dengan kerjaya hakiki.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sharlenetexas at 11-8-2024 09:21 PM
sarah_ary2 replied at 11-8-2024 06:27 PM
Kalau baca dr google dipilih oleh ioc sendiri based on criteria tp kalau baca dr malaysian olympic ...
Adakah pengaruh tokjean?
Sebelum ni tak pernah tahu sheols ajk ioc dan nenek ni tak pernah walau sekali promote kat ig.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 11-8-2024 09:09 PM
Dah boleh gunting ic la nyonya
Gunting pasport sekali.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pajeri_Nenas replied at 11-8-2024 06:33 PM
Bf/ laki luar nikah dia kan org france
Dah selamat menikoh selepas kena sidai selama 19 tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 11-8-2024 09:18 PM
Adakah pengaruh tokjean?
Sebelum ni tak pernah tahu sheols ajk ioc dan nenek ni tak pernah walau ...
Aiols pun rasa mcm ada influence tokjean sebab tokjean pun bukan calang calang hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 11-8-2024 09:17 PM
Iols lebih suka Dr Farrah Hani untuk galas tanggungjawab. Tapi mungkin dia sibuk dengan kerjaya ha ...
ah betul sebab Dr Farrah lagi suitable sebab dia pun atlet gymnastic dulu and educated jua, nek michelle pun accolades banyak and educated cuma tuelah, dia mcm jarang ada kat sini, |
|
|
|
|
|
|
|
mawardia replied at 11-8-2024 07:18 AM
I ol dah perasan lama dah org tua ni tak bangga pun dgn negara Malaysia ni.
Malaysia je yg lebih2 c ...
Apo lak tak pandang, almost tiap tahun kot balik kampung?
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 11-8-2024 10:26 PM
Apo lak tak pandang, almost tiap tahun kot balik kampung?
Iyer la teacher, tu responsibility she ol dgn family.
Dgn negara nan hado.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sharlenetexas at 12-8-2024 12:01 AM
sarah_ary2 replied at 11-8-2024 10:14 PM
ah betul sebab Dr Farrah lagi suitable sebab dia pun atlet gymnastic dulu and educated jua, nek mi ...
Sheols pernah jadi manager gimrama sukan sea 2017 secara pro bono. Suka dengar sheols bercakap lebih2 lagi bila jadi commentator gimrama tournament. Dua2 BM dan BI mmg best.
Teringat pulak team bola jaring mmg deyols kena belajar public speaking.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa royan dengan heshe... Malaysian ada dapat medal ka springboard diving yang heshe ignore? |
|
|
|
|
|
|
| |
|