Peminat sukan tanah air meluahkan kemarahan mereka di media sosial apabila tidak puas hati melihat tindakan pelumba Jepun, Shinji Nakano melanggar jaguh negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara final keirin lelaki Sukan Olimpik Paris 2024.
Nasib nyata tidak menyebelahi Shah Firdaus apabila hampir-hampir untuk meraih gangsa namun dia terbabit dengan kemalangan bersama Jack Carlin (Great Britain) dan Shinji Nakano ketika dihujung perlumbaan.
Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, Shinji Nakano dilihat sengaja menolak Shah Firdaus sehingga menyebabkan beliau terjatuh bersama Jack Carlin sekaligus gagal menamatkan perlumbaan.
Disebabkan insiden itu, netizen Malaysia bertindak menyerang laman instagram pelumba Jepun tersebut dengan meninggalkan kata-kata kesat dan pelbagai kecaman di ruang komen.
Sehingga artikel ini ditulis, laman instagram tersebut kini sudah dibanjiri lebih 20,000 komen yang kebanyakannya daripada rakyat Malaysia.
Perlumbaan itu dimenangi oleh Harrie Lavreysyen (Belanda) manakala perak milik Matthew Richardson (Australia) dan gangsa Matthew Glaetzer (Australia).
Akibat daripada kemalangan tersebut, Shah Firdaus mengalami kecederaan dan terpaksa dipapah keluar oleh petugas pasukan untuk mendapatkan rawatan.
Dengan perkembangan terkini itu, bermakna tamat sudah perjuangan atlet negara di Paris 2024 sekali gus menyaksikan Malaysia perlu menunggu empat tahun lagi di Los Angeles 2028 (LA28) untuk memburu emas pertama.
Post time 11-8-2024 11:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
bodo gila netizen b40 bangga budaya keyboard warrior..nampak la negara mundur punya perangai macam mana..duk mengata konoha tapi negara sendiri takde beza
Post time 12-8-2024 01:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Biasalah tu naik basikal jatuh. Ko ni pun tetiba nak serang member tu dah kenapa? Kecoh la. Ni la masalahnya dok fokus kat basikal aje. Athlete lain mana? Pergi makan angin ka?
Post time 12-8-2024 05:36 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dari piyem sehingga lah rakyat perangai cam gampang...ni lah ajaran bertahun2 dari bangnon kau since 98 ,keje dok hasut n kecam org jaa...mentaliti pprt n terkebelakang..bila nak nak ubah entah prngai walanon kaki probokkk nih