View: 25381|Reply: 34
|
[Jenayah]
Makcik Kena Scam Pakai QR, Tiba-Tiba Kena Jerit Dan Baling Makanan!
[Copy link]
|
|
Dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang sedikit sebanyak telah memudahkan kehidupan seharian kita
Contohnya seperti kemudahan pembayaran yang lebih mudah dan menjimatkan masa kerana kita tidak perlu membayar wang ringgit yang banyak. Sekarang boleh online banking atau pun QR Pay sahaja.
Baru-baru ini tular sebuah perkongsian di TikTok apabila seorang peniaga meluahkan rasa geramnya selepas ditipu oleh seorang pelanggan.
Pelanggan mengamuk lepas terkantoi dengan peniaga
Menerusi video tersebut, kejadian tersebut berlaku semasa dia berniaga di sebuah pasar malam selepas peniaga berkenaan kerugian kira-kira RM85.
Difahamkan, pelanggan itu konon ada memberitahu telah membuat pembayaran menggunakan kaedah QR Pay.
Namun, peniaga berkenaan memberitahu duit tersebut tidak memasuki akaunnya dan dia tidak dibenarkan mengambil bungkusan makanan tersebut.
"Dia kata dia bayar guna QR, saya cakap boleh. Ketika itu pelanggan sedang ramai, dia tunjuk telefon bimbit kepada saya dan memaklumkan sudah bayar.
"Tapi saya perasan di bahagian bawah tertera perkataan ‘Pay’ bermakna dia belum tekan. Lepas itu di telefon saya tidak ada bunyi tanda dah masuk.
"Selepas itu dia tiba-tiba menjerit apabila saya kata duit belum masuk. Dia macam ‘play victim’ bila dah kantoi, lepas itu dia baling makanan tu atas meja jualan dengan pelanggan tengah ramai,"katanya.
Situasi mula menjadi tegang selepas peniaga berkenaan mula merasa marah dengan tindakan pelanggan terbabit sehingga dia ada mengambil senduk.
Namun, perkara tersebut dihalang orang ramai dan pelanggan terbabit terus beredar.
"Beli QR sound box, once terima bayaran box tu akan notification" - Netizen
Selepas perkongsian video tersebut, netizen telah mencadangkan agar peniaga berkenaan membeli QR sound box yang lebih memudahkan untuk dia mengetahui duit telah pun masuk.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 2.7M views, 146.2K likes dan 3,445 comments di TikTok. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Skrg dh ramai yg guna speaker noti lasa |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian makcik ni. Semoga Allah gantikan dgn rezeki yg lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
aku pulak yg geram
patut di katok dgn senduk tu makcik
biase dah tu makan hasil haram |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap pasal QR ni kan, akak geram dengan MAYBANK BABI sebab pernah sekali tu akak bayar dan tunjuklah screen ponsel IPHONE 13 PRO MAX COLOR GOLD BEBAS ANSURAN BULANAN akak ni kat penjual tu kan sissy. Nasib baik penjual tu perasan rupanya payment unsuccessful sissy. dah nampak macam akak sengkek tak ada duit ataupun macam ada niat nak menipu tak bayar pulak dah sissy! Ada staf maybank tak kat sini boleh cerita kat akak kenapa perkara itu boleh terjadi sissy, padahal duit akak ada beribu lagi kat dalam akaun sissy??? |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 12-8-2024 07:00 PM
Cakap pasal QR ni kan, akak geram dengan MAYBANK BABI sebab pernah sekali tu akak bayar dan tunjukla ...
Gitu humble brag share pengalaman hidup
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 12-8-2024 07:06 PM
Gitu humble brag share pengalaman hidup
Bulan 9 nanti akak nak singgah TRX trade in ponsel akak kepada model latest iphone 16 sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 12-8-2024 07:00 PM
Cakap pasal QR ni kan, akak geram dengan MAYBANK BABI sebab pernah sekali tu akak bayar dan tunjukla ...
ponsel tu kata ganti cellphone ke? |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 12-8-2024 07:40 PM
Bulan 9 nanti akak nak singgah TRX trade in ponsel akak kepada model latest iphone 16 sissy.
Go for it sissy
Pitih Aku! Suka hati Aku lah-puadkpdnuwarmuse
|
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 12-8-2024 07:52 PM
ponsel tu kata ganti cellphone ke?
Iya sissy radzor. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sekali tu i mkn kt medan selera tanah rata. Tok laki gi byr kt kaunter gerai tu guna qr. Sekali soundbox makcik tu buka volume paling kuat kot. I tgh mkn kt kedai sebelah dengar sebutir2 berapa ringgik laki iols byr |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lak kalau tunjuk resit lps scan qr tu, peniaga selalu tengok sampai kecik2 mata sebab nya transfer dari non local bank, resit dia rupa lain sket |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 12-8-2024 08:35 PM
Ada sekali tu i mkn kt medan selera tanah rata. Tok laki gi byr kt kaunter gerai tu guna qr. Sekali ...
Mimpi ngeri kalau mesin tu jeeit kuat2 “insufficient fund” sissy… |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 12-8-2024 07:40 PM
Bulan 9 nanti akak nak singgah TRX trade in ponsel akak kepada model latest iphone 16 sissy.
Jom chillis.
|
|
|
|
|
|
|
|
biasa tunggu sat kat kaunter and confirmkan dgn tokey, masuk dah? dia kata ok, kita blah la. biasa tak sampai 1 min. kalau yang ada speaker tu lagi bagus. terus dengar and confirm.
kenapa la drama macam ni baca kat socmed je? tak pernah nampak jadi depan mata lagi....huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 12-8-2024 08:48 PM
Jom chillis.
Akak kaulau pergi chili’s margarita dan cocktail adalah order wajib bagi akak sissy. Hope it’s ok with chuols sissy sharlene. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa hantar duit guna QR code DuitNow akak tawww
|
|
|
|
|
|
|
| |
|