Mangsa yang dipercayai dipegang oleh abang kandungnya berusia lapan tahun tercampak ke dalam tali air. FOTO Ihsan Polis
Bachok: Seorang bayi berusia 15 bulan ditemukan lemas dalam tali air di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 7.20 malam dan sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun membawa lima lagi kanak-kanak menaiki sebuah motosikal roda tiga jenis Suzuki RC110S menghala ke rumah melalui jambatan Kampung Tok Belian.
"Apabila tiba di kawasan tali air, motosikal roda tiga itu dipercayai hilang kawalan menyebabkan mangsa yang dipercayai dipegang oleh abang kandungnya berusia lapan tahun tercampak ke dalam tali air.
"Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan bantuan Pasukan Bomba Balai Bomba Bachok untuk mengesan mangsa dan lebih kurang pada jam 8.10 malam," katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.
Katanya, mangsa ditemui di dasar sungai pada kedalaman empat meter daripada lokasi kejadian.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal akibat 'lemas air'," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mohamad Ismail berkata, semakan pihaknya juga mendapati cukai jalan dan insurans motosikal berkenaan sudah tamat tempoh.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Beliau turut menasihatkan semua ibu bapa memantau pergerakan anak-anak dan tidak membenarkan anak-anak berusia dibawah 18 tahun menungganng motosikal tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh.
"Sekiranya perkara yang sama terjadi, ibu bapa boleh didakwa dibawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 akibat kecuaian," katanya.
Semasa kejadian mangsa dikatakan dipegang oleh abang kandungnya berusia lapan tahun semasa menaiki motosikal jenis Suzuki RC110S bersama lima orang lagi kanak-kanak lain. Gambar kecil: Bayi perempuan berusia 15 bulan lemas dipercayai tercampak ke dalam tali air di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah, Bachok pada Jumaat.
BACHOK - [DIKEMAS KINI] Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan ditemui lemas setelah dipercayai tercampak ke dalam tali air di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah dekat sini pada Jumaat.
Semasa kejadian mangsa dikatakan dipegang oleh abang kandungnya berusia lapan tahun semasa menaiki motosikal jenis Suzuki RC110S bersama lima orang lagi kanak-kanak lain.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, hasil siasatan mendapati motosikal terbabit ditunggang seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersama enam orang lagi kanak-kanak menghala ke rumah melalui jambatan Kampung Tok Belian.
"Motosikal yang ditunggang mereka dipercayai telah hilang kawalan sehingga menyebabkan kesemua jatuh ke dalam tali air dan diselamatkan oleh penduduk kampung kecuali mangsa.
"Mangsa bagaimanapun ditemui di dasar sungai pada kedalaman empat meter di lokasi kejadian yang berlaku pada jam 8.10 malam," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan dengan dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok.
Tambahnya, pengecaman mayat turut dibuat dan mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital HUSM) untuk dibedah siasat.
Mohamad Ismail memberitaahu, punca kematian disebabkan lemas air manakala semakan turut mendapati cukai jalan dan insurans motosikal terbabit telah tamat tempoh.
"Kes disiasat bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
MOTOSIKAL roda tiga yang dinaiki mangsa bersama lima lagi individu lain terjatuh ke dalam tali air di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah. FOTO Ihsan PDRM
Bachok: Polis sudah mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes bayi perempuan berusia 16 bulan lemas dalam tali air selepas motosikal roda tiga ditunggang bersama lima kanak-kanak lain terbabas, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, tiga individu berkenaan adalah pemilik motosikal, penunggang motosikal yang berusia 12 tahun dan juga ayah mangsa.
"Hari ini juga, ibu bapa kepada mangsa serta kanak-kanak itu dipanggil untuk diambil keterangan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dengan segera," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Media semalam melaporkan motosikal roda tiga dinaiki sekumpulan kanak-kanak terjatuh ke dalam tali air di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah, kira-kira 6.30 petang.
Mayat Mariam Afeeya Abdul Hakim yang berusia 16 bulan ditemui di dasar sungai oleh pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bachok di kedalaman empat meter, pada 8.10 malam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
(Gambar fail) Lokasi kejadian bayi berusia 16 bulan maut selepas tercampak ke dalam tali air ketika menumpang motosikal roda tiga yang didakwa ditunggang seorang kanak-kanak berumur 12 tahun di Kampung Tok Belian, Jumaat lalu. - Foto ihsan PDRM
BACHOK: Polis merakam keterangan 11 lagi individu, hari ini, bagi membantu siasatan kes bayi berusia 16 bulan maut selepas tercampak ke dalam tali air ketika menumpang motosikal roda tiga yang didakwa ditunggang seorang kanak-kanak berumur 12 tahun di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata individu dipanggil memberi keterangan itu termasuk mangsa-mangsa yang terselamat dan ibu mereka serta jiran yang menyaksikan kejadian berkenaan.
Beliau berkata, polis juga akan merakam keterangan penduduk yang membantu menyelamatkan lima kanak-kanak lain dalam insiden terbabit, malam ini.
"Kita masih menjalankan siasatan. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan segera," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semalam, Mohamad Ismail dilaporkan berkata, polis sudah mengambil keterangan tiga individu membabitkan pemilik motosikal, penunggang motosikal dan bapa mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Beliau dipetik berkata, pihaknya juga memanggil tiga individu lain membabitkan ibu mangsa dan ibu bapa kanak-kanak berusia 12 tahun itu, semalam.
Media sebelum ini melaporkan Mohamad Ismail berkata, hasil siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun didakwa membawa lima lagi budak membonceng motosikal roda tiga menghala ke rumah melalui jambatan Kampung Tok Belian.
Setiba di lokasi kejadian, beliau dipetik berkata, motosikal roda tiga itu dipercayai hilang kawalan menyebabkan seorang bayi berumur 16 bulan yang dikatakan dipegang abangnya berusia lapan tahun, tercampak ke tali air.
Tragedi tali air: Masih terbayang wajah Mariam Afeeya
11 Ogos 2024 10:11pm
Pengasuh kanak-kanak perempuan berusia 15 bulan yang maut tercampak ke dalam tali air, masih terbayang-bayang wajah anak jagaannya itu yang memintanya mengayun buaian untuk tidur pada tengah hari sebelum kejadian. Foto Bernama
BACHOK - Pengasuh kanak-kanak perempuan berusia 15 bulan yang maut tercampak ke dalam tali air, masih terbayang-bayang wajah anak jagaannya itu yang memintanya mengayun buaian untuk tidur pada tengah hari sebelum kejadian.
Hasliza Harun, 44, yang juga nenek saudara kepada mangsa, berkata, dia tidak menyangka Jumaat lepas merupakan hari terakhir dia menjaga Mariam Afeeya Abdul Hakim.
"Mariam Afeeya meminta saya mengayunkan buaian pada 1.30 tengah hari (Jumaat) kerana dia sukar tidur seterusnya tidak sampai seminit saya ayun buaian, dia terus lena.
"Apabila terjaga petang itu, Mariam Afeeya terus berlari ke luar rumah kerana tidak sabar untuk membonceng motosikal roda tiga bersama abang dan sepupunya yang lain,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Kampung Pauh Sembilan, Tawang, di sini.
Menurutnya, pada 6.45 petang itu, dia mendapat panggilan telefon mengenai kemalangan motosikal roda tiga melibatkan Mariam Afeeya yang tercampak ke dalam tali air bersama abang dan sepupu-sepupunya.Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah di sini.
"Anak lelaki saya yang berusia 12 tahun beritahu semasa kejadian, pemegang motosikal roda tiga yang ditunggangnya tidak dapat dibengkokkan menyebabkan kesemua mereka terjatuh ke dalam tali air itu,” katanya.
"Tiada siapa yang mahukan kejadian seperti ini berlaku, saya rasa khilaf kerana mereka di bawah jagaan saya dan tidak pernah berjauhan dari kawasan rumah," katanya sambil menambah telah menjaga Mariam Afeeya sejak berusia tiga bulan.
Hasliza berkata, semasa kejadian dua orang kampung berada di sekitar kawasan itu mendengar jeritan mereka dan segera menuju ke sungai.
Artikel Berkaitan:
Bayi jatuh tali air: Polis ambil keterangan ibu bapa, tiga individu lain
Bayi 15 bulan lemas tercampak dalam tali air
"Kesemua mereka berjaya diselamatkan oleh orang kampung kecuali Mariam Afeeya yang ditemukan di dasar tali air pada 8.10 malam itu,” katanya.
Pada Jumaat, seorang kanak-kanak perempuan maut selepas tercampak ke dalam tali air apabila motosikal yang ditunggang seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang turut membawanya bersama lima kanak-kanak lain hilang kawalan di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah di sini.
Hari ini, Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin dilaporkan berkata siasatan kes berkenaan akan dilaksanakan secara telus dan melibatkan pelbagai aspek termasuk pengabaian oleh ibu bapa dan penjaga. - Bernama
Post time 12-8-2024 07:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
antikorok replied at 12-8-2024 06:57 PM
Semasa
Tragedi tali air: Masih terbayang wajah Mariam Afeeya
comei adek.. takziah ajelah, tak dpt nk tolong bnde dh jadi. kot depan mata boleh lah dilaser. ni tah anak sape sape. huhu bukan main lagi berangkut smpi 5 budak satu moto, yg bwk pulak doblas tahun. sabo jelah...
Post time 12-8-2024 08:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
baca artikel tu bdk lelaki yg 12 thn tu anak pengasuh la kan?? dan dia pun aware yg bdk2 ni naik moto beramai2.
blh plak buat statement " tiada siapa mahukan kejadian ini berlaku" mentang bukan anak ko yg mati
Post time 12-8-2024 09:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Org ada anak, ko pun nk ada anak. Budak 12 thn tu mana mak bapak dia??? Elok sumbat dlm penjara sampai mampos. Kalu biar lps, beranak lg! Yg beramai2 naik motor tu knp pulak? Jln2 pusing kg ke? Mak bapak mana?
Post time 12-8-2024 09:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kat kampung2 mmg selalu nampak budak2 naik motor ramai2 camni..dgn tak pakai helmet. Tapi tak sampai hati nak salah kan makbapak masing2. Tak sama mcm kes basikal lajak tu mmg salah makbapak biarkan anak keluar rumah pada waktu lewat malam..dan lumba di jalan raya.