CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6526|Reply: 22

[Jenayah] Membeli Nasi Goreng Sardin, Menaikkan Harga Sebanyak RM1.50 Selepas Sehari!

[Copy link]
Post time 13-8-2024 04:20 PM | Show all posts |Read mode


Kenaikan harga barang sememangnya memberi kesan kepada setiap individu baik yang bekerja ataupun mereka yang menjalankan perniagaan sendiri.

Bagi kebanyakan peniaga, tiada jalan lain yang dilihat selain daripada terpaksa menaikkan harga jualan bagi menampung kos perbelanjaan.

Namun, kadang kala kenaikan yang dibuat secara tiba-tiba boleh menyebabkan pelanggan mempersoal tentang penetapan harga baru tersebut apatah lagi jika harga itu ditetapkan dalam masa sehari.

Menerusi satu hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook El Ukasyah, dia menunjukkan resit nasi goreng sardin yang dibeli daripada sebuah restoran di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Apa yang menjadi perhatian adalah harga hidangan tersebut mengalami kenaikan sebanyak RM1.50 berbanding harga sehari sebelum ketika dibeli olehnya.

Melalui hantaran berkenaan, pengguna terbabit dipercayai membeli nasi goreng sardin dengan harga RM7.80 pada 8 Ogos yang lalu.

Dia kemudiannya membeli semula menu yang sama pada keesokkan (9 Ogos) hari namun harga yang dibayar adalah berbeza daripada sebelumnya iaitu RM9.30.

Juruwang Dipercayai Orang Yang Sama

Walau bagaimanapun, menu lain seperti telur mata masih dikekalkan pada kadar RM1.90. Malah, juruwang yang terlibat ketika transaksi pembayaran berlaku dipercayai orang yang sama berdasarkan nama yang tertera di resit tersebut.

Difahamkan, pelanggan berkenaan datang ke restoran itu membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang.

“Mungkin harga dia ikut Bursa Saham,” tulis pengguna berkenaan.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Perkongsian itu nyata menarik perhatian pengguna Facebook. Rata-rata terkejut dengan perbezaan harga yang ditunjukkan di resit berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang menyeru pihak berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) di ruangan komen untuk menjalankan siasatan terhadap restoran berkenaan kerana menaikkan harga dalam tempoh sehari.

Tidak kurang juga ada yang meminta pelanggan berkenaan untuk membuat laporan kepada KPDN berhubung insiden tersebut.

Hasil semakan kami menerusi laman sosial rasmi kedai makan berkenaan mendapati tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung isu yang tular ini.
Laporkan Kepada KPDN Jika Ada Peniaga Naikkan Harga Melampau

Sebagai pengguna, jika anda mendapati ada peniaga yang menaikkan harga barang secara mendadak, anda boleh membuat aduan kepada KPDN menerusi cara berikut;

    Menghubungi Talian Hotline KPDN di talian 1-800-886-800
    Whatsapp aduan menerusi talian 019-279 4317
    Menerusi aplikasi Ez ADU KPDNHEP, buat pengguna Apple, anda boleh memuat turun aplikasi tersebut menerusi AppStore, manakala pengguna Android di Google Playstore
    Pusat Arahan Penguatkuasaan di talian 03-8882 6088/ 6245
    Membuat aduan menerusi Portal e-aduan.kpdnhep di pautan  http://eaduan.kpdnhep.gov.my
    Menghantar e-mel di [email protected]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2024 09:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2024 04:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2024 05:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Melampau yang sebut kicap tu

Tak perlu kot kutuk warna kulit.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mahalnya nasi grg sardin...
feberet anak2 iols ni, tp tatau plak ada jual kat kedai.q
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2024 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak, sekarang ni nasi goreng sardin tu Item harga kawalan ke yg peniaga tak boleh tukar harga?

Boleh jadi semalamnya tersilap/ter under charged.
Boleh jadi semalamnya kos dia murah sebab pakai stok sardin harga lama.
Boleh jadi semalam kedai tu bagi harga promosi.
Macam2 kemungkinan.

Sebab tu aku cukup benci golongan tak berduit camni. Singgit setengah pun kecoh. Macam la kedai tu paksa dia makan situ.

Lagi satu aku benci perangai masa depan cashier ko tak tanya/minta penjelasan. Tapi bising kat socmed & mengundang pelbagai fitnah & spekulasi.

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 13-8-2024 06:20 PM
Perwira2022 replied at 13-8-2024 06:07 PM
Tak, sekarang ni nasi goreng sardin tu Item harga kawalan ke yg peniaga tak boleh tukar harga?

Bole ...


Ada kedai/peniaga....kalo ko tak tanya..'kena la ko'.Kaloo tanya kami jawab la 'minta maaf cik,puan,encik,tuan...berlaku kesilapan...bla...bla...bla...'.Kami lama dh rancang..tengokla sapa pelanggan yg cuai seterusnya 'KENA'.
                        
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe hari kedua tu dia guna sardin jenis lain,itu yg naik harga kot?
Harga sardin tin kan ikut jenis,ada yg mahal,ada murah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Masak kat umah je la
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Diarg baru tukar harga baru kot. Mungkin disbbkan tgh viral achik gomen nak naik gaji tokey kedai naikkan siap2. Cer try lg sekali beli yg sama. Kalau naik lg mmg sesuatu le kan takkan rajin sgt nak ubah2 harga dlm mesin tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 13-8-2024 05:41 PM
Melampau yang sebut kicap tu

Tak perlu kot kutuk warna kulit.

Org tu ckp dah betul dia pergi kutuk pulak. Ke dia atra penjual yg suka suki naikkan harga.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 13-8-2024 07:27 PM
Diarg baru tukar harga baru kot. Mungkin disbbkan tgh viral achik gomen nak naik gaji tokey kedai na ...

Ni meols setuju. Agaknya semalam yg dia beli tu last lah harga belum naik. Meols tak sokong, tapi as u said, Cuba pegi balik Thaqwa tu and tanya. Proof kan ada. Bwk resit2 and tanya, habis cerita. Untung2 diorang takut di viral, diorang kasi lah apa prigip
Ni my thinking laaa. Because I'm not scared of confrontation
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 09:57 PM | Show all posts
Hari2 beli nasi goreng sardin sedap sgt ke? Kalau dah rasa mknan faveret masak sendiri je lah..bukan susah pun

Ni 2 bungkus nasi goreng dah rm20..kalau beli setin sardin baru rm9++..kalau goreng sekuali then pack siap2 utk 4-5 hari..nk makan microwave kan je

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah la…bergasak ler korang. Aku x mkn sardin.



Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Thaqwa kan banyak cawangan.. harga tu mmg dah dlm system bukan picit2 suka suki tekan nombor
Masak sendiri la jimat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2024 12:51 AM | Show all posts
Edited by gigahertz at 13-8-2024 04:54 PM
Gunama replied at 13-8-2024 02:36 PM
Ntah la…bergasak ler korang. Aku x mkn sardin.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sardin Marina sangatnya tak sedap
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
banyaknya naik
kedai2 yg mahal mcm ni mmg tak pergi la
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 13-8-2024 07:43 PM
Ni meols setuju. Agaknya semalam yg dia beli tu last lah harga belum naik. Meols tak sokong, tapi  ...

Yap sbb butiran tu bercatat & peniaga bukan senang2 nak ubah harga sbb renyah nak buatnya. Nak pula kalau harga tu terpamer juga dkt mana2  dlm kedai tu. Lainlah style kira calculator atau yg lbh advance yg main congak yg tu ya perlu risau sbb kang melalut jdnya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.083599 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list