View: 10188|Reply: 0
|
Yahya Sinwar Suka Digelar "Pakar Sejarah Orang Yahudi" Bakal Menggegar Pendatang Haram
[Copy link]
|
|
Yahya Sinwar, lahir pada 1962 di Gaza, kini menjadi pemimpin utama Hamas dengan pengetahuan mendalam tentang pendatang haram dan taktiknya.
Beliau dikenali sebagai figura yang tegas dan tidak berkompromi, setelah menjalani 22 tahun (1988-2011) di penjara Israel di mana beliau mempelajari bahasa Ibrani dan strategi ketenteraan pendatang haram.
Kepimpinan beliau terbukti dan tidak dapat disangkal apabila beliau memimpin Operasi Taufan al-Aqsa yang berjaya memberikan tamparan hebat kepada pendatang haram pada 7 Oktober lalu.
Pendatang haram menganggap Sinwar sebagai seorang yang sangat licik, bijak, dan penuh dengan helah.
Pemilihan Sinwar menghantar mesej yang jelas bahawa perjuangan mereka akan terus berlanjutan, walaupun pendatang haram berusaha keras untuk menghapuskan pejuang Palestin.
Kredit: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
| |
|