View: 4026|Reply: 0
|
[Jenayah]
Ingatkan Rakyat Malaysia Baik, Mengatakan Hentaman Disebabkan G-Force!
[Copy link]
|
|
Jaguh lumba basikal trek negara, Shah Firdaus Shahrom berkongsi mesej yang dihantar oleh Shinji Nakano selepas beliau dikecam di laman media sosial.
Nakano mendapat pelbagai kecaman dari netizen Malaysia selepas beliau melanggar Shah ketika final keirin di Sukan Olimpik 2024 yang menyebabkan pelumba negara itu terlepas pingat gangsa.
Laman media sosial Instagram dibanjiri oleh ribuan komen dari netizen yang tidak berpuas hati selepas Shah terjatuh.
Menurut Shah, Nakano ada menghantar mesej kepadanya yang mana pelumba Jepun itu pada mulanya menganggap orang Malaysia baik-baik belaka.
“Yang buat saya terasa, dia ingat orang Malaysia baik-baik sebab saya baik dengan dia. Kalau saya ke Jepun, dia bawa saya jalan semua. Bila dia berasa begitu, saya rasa serba salah.
“Dia mesej saya, dia ingat rakyat Malaysia baik-baik, saya macam malunya,” kata Shah Firdaus dipetik dari laporan Berita Harian.
Tambah Firdaus, insiden jatuh merupakan perkara biasa dalam acara keirin dan Nakano tidak sengaja ketika terlanggar beliau semasa perlumbaan berlangsung.
“Perkara itu memang berlaku (perlanggaran), ada ‘body contact’ dan itu biasa dalam keirin dan sebenarnya dia tak berniat nak ‘hentam’ saya, itu sebab ‘G-force’.
“Bila ada ‘body contact’, ‘G-force’ itu nampak seperti dia naik tetapi dalam keirin benda itu biasa, tinggal jatuh atau tidak sahaja,” ujarnya.
Acara basikal dalam trek gagal untuk menghadiahkan sebarang pingat bagi Malaysia dalam temasya edisi kali ini.
Secara keseluruhan, kontinjen Malaysia membawa pulang dua pingat gangsa yang diraih menerusi atlet badminton iaitu Aaron Chia/Soh Woo Yik dalam acara beregu lelaki dan Lee Zii Jia dalam acara perseorangan lelaki.
Malaysia terpaksa menunggu hingga temasya di Los Angeles 2028 untuk memenangi pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|