CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2847|Reply: 6

[Tempatan] Lanjutan akhir buat anak-anak Tun Mahathir isytihar harta

[Copy link]
Post time 14-8-2024 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Lanjutan akhir buat anak-anak Mahathir isytihar harta

https://m.malaysiakini.com/news/715548

Diterbitkan:  Aug 14, 2024 1:44 PM
Dikemaskini: 1:59 PM



Mirzan Mahathir dan abangnya Mokhzani mempunyai tempoh sehingga pertengahan September ini untuk mengisytiharkan harta mereka dan sekiranya gagal, mereka boleh berdepan dengan tindakan undang-undang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata ini adalah lanjutan terakhir sebulan yang diberikan kepada mereka.

“Itu keputusan akhir. Jika mereka gagal patuh, SPRM akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya yang dipetik media di Kuala Lumpur.

Pada Mei lalu, Mirzan dan Mokhzani, yang merupakan anak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, diberikan lanjutan masa, yang tempohnya tidak didedahkan.



Ketika itu, Azam berkata, peguam mereka sedang berhubungan dengan pegawai penyiasat SPRM berhubung tempoh pengisytiharan aset.

“Kami sudah menetapkan tarikh akhir untuk mereka mengisytiharkan harta mereka. Kami telah mencapai kata sepakat mengenai perkara itu,” katanya.

Pada 18 Jan, Mirzan dan Mokhzani telah diserahkan notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009, menghendaki mereka mengisytiharkan semua aset milik mereka.

Pada bulan berikutnya, mereka mengeluarkan kenyataan media yang memohon kesabaran dan pemahaman untuk mengumpulkan maklumat selama 43 tahun.

Pada 24 Mei lalu, d Mirzan dan Mokhzani dilaporkan memohon kepada SPRM untuk melanjutkan tarikh akhir untuk kedua-dua mereka mengisytiharkan harta masing-masing selepas diberikan lanjutan sebelum ini.

Turut dilaporkan bahawa Mokhzani disiasat di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.


Dr Mahathir Mohamad

Pada April, Azam juga mengesahkan bahawa Mahathir, yang menuduh Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyasarkan keluarga dan rakan-rakannya, juga sedang disiasat tetapi enggan mendedahkan butiran tambahan.

Ahli politik berusia 99 tahun itu juga menjelaskan bahawa dia tidak ada masalah untuk mengisytiharkan hartanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2024 09:48 PM | Show all posts


cekop je...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak salah kenapa nak takut
Gila kau bertahun makan duit haram
Cekau duit rakyat
Kalau betol telus buktikan la
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 10:13 PM | Show all posts
naina replied at 14-8-2024 09:57 PM
Kalau tak salah kenapa nak takut
Gila kau bertahun makan duit haram
Cekau duit rakyat

patutnya kalau dia cekau duit rakyat, terus dakwa dia la kalau ada bukti.... ini siap bagi tempoh2 bagai.... nmpak sgat xde bukti... macam nak tuduh orang tu pembunuh, terus jela bg bukti apa yg ada utk tuduh dia pembunuh... bukannya semberono tuduh orang tu pembunuh lepastu minta org tu buktikan dia bukan pembunuh sebelum tuduh dia pembunuh... tak pernah dibuat orang...

6 kotak sampai kesudah kekal kisah dongeng
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 14-8-2024 10:13 PM
patutnya kalau dia cekau duit rakyat, terus dakwa dia la kalau ada bukti.... ini siap bagi tempoh2 ...

Berpuluh tahun sllau dgr kisah tun main duit la makan duit la itu ini..paling kaya la blah blah..  tpi smpai ke sudah x muncul muncul pon bukti.

yg len len dh keluar masuk mahkamah tapi ada siap  jdi Tpm walau berpuluh tuduhan kes sangkut Lol....

Malaysia boleh sungguh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 10:54 PM | Show all posts
Dadooooo replied at 14-8-2024 10:49 PM
Berpuluh tahun sllau dgr kisah tun main duit la makan duit la itu ini..paling kaya la blah blah..  ...

khuensttttt...... sembang parpu jah... sapa masih ada faith dgan bangnon mmg bodo piangg abadi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2024 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum2 ni ES asik up pasal skandal kewangan Azam ni.. tapi masih tetap pegang jawatan tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.211738 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list