CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18253|Reply: 12

Hannah Yeoh pertahan RTG selepas dilabel 'Road To Gangsa'

[Copy link]
Post time 14-8-2024 02:55 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengambil pendekatan terbuka meskipun terdapat kritikan pedas yang menyifatkan program Road To Gold (RTG) kini bertukar kepada 'Road To Gangsa'.


Bagi Hannah, peminat sukan boleh melontarkan apa sahaja yang ingin diperkatakan mereka di media sosial namun apa yang utama adalah pandangan dari pemegang taruh utama program berkenaan iaitu atlet dan jurulatih.


"Kritikan itu memang sentiasa ada kerana peminat sukan pelbagai, semua orang minat sukan dan semua rasa mereka ada hak memberi kritikan. Itu kita terima kerana semua orang ada platform masing-masing, media sosial untuk menyatakan pendapat mereka.


"Tetapi untuk kita di peringkat elit, yang paling penting adalah pendapat pengarah teknikal, jurulatih kerana mereka lebih tahu... yang itu paling penting dan kita sudah dengan daripada jurulatih seperti Rexy Mainaky (badminton) dan John Beasley (berbasikal trek) dan pemegang taruh kita (di) RTG, adalah jurulatih dan atlet.


"Kalau jurulatih dan atlet kata tanpa RTG, mereka tak mungkin akan dapat prestasi seperti ini, maka kita kena terimalah. Itu adalah hakikat, mereka yang merasai semua faedah RTG, pemegang taruh secara langsung," kata Hannah.


Kontinjen negara mengakhiri Sukan Olimpik Paris 2024 dengan membawa pulang dua pingat gangsa menerusi sukan badminton, masing-masing dalam acara beregu lelaki, Aaron Chia-Woh Wooi Yik dan pemain perseorangan profesional, Lee Zii Jia.


Begitupun, kontinjen yang disertai 26 atlet ini membuktikan semangat juang yang luar biasa walaupun turut dibarisi 58 peratus muka baharu di temasya terulung dunia itu.


Antara yang menunjukkan prestasi cemerlang adalah atlet angkat berat, Aniq Kasdan yang mampu memberi cabaran dalam perebutan pingat dan memecahkan rekod kebangsaan sekali gus membuktikan program RTG kali ini memberi impak kepada barisan atlet.


Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang membuat penampilan sulung di Olimpik turut berjaya mencatat rekod kebangsaan baharu ketika menyertai acara pecut wanita.


Untuk rekod, program RTG mula dilancarkan pada Mac tahun lalu dan ia membabitkan dua kitaran Olimpik iaitu Paris 2024 dan Los Angeles 2028.




SUMBER: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2024 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak la. Nitijens memang kreativiti tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:02 PM | Show all posts
Kan elok guna bahasa Melayu 'Jalan Keemasan; gitohh
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 14-8-2024 04:02 PM
Kan elok guna bahasa Melayu 'Jalan Keemasan; gitohh

Bagaimana dengan Jalan Kegangsaan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa training deme yg berbeza?
Kang bazir duit jahh
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 11:23 AM | Show all posts
netizen Malaysia bab2 menganjeng, toksik memang pakar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2024 11:31 AM | Show all posts
sayurmayur88 replied at 15-8-2024 11:23 AM
netizen Malaysia bab2 menganjeng, toksik memang pakar..

pastu bila kena balik
tahu koyak
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 11:38 AM | Show all posts
Emas ke gangsa ke..yg aku nak tau mana Adam Adli mengular
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2024 11:58 AM | Show all posts
KamikuP: Kan elok guna bahasa Melayu 'Jalan Keemasan; gitohh

Komik Juara Wira ada Jalan Syurga Tidak Terbatas, tapi KBS ada Jalan Keemasan Tidak Kesampaian.

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 12:25 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 15-8-2024 12:33 PM

Hannah Yeoh tampaknya sedar bahwa dia hanyalah PESURUH dari Lord Pemilik Tanah Melayu dan  juga amat paham implikasi dari tugasnay itu ...

Jika RTG berhasil maka Bangsa Melayu Mahawangsa selaku Lord Pemilik Tanah Melayu yang akan mendapatkan KREDIT karena berhasil melambungkan nama dan maruah mereka  ke langit ... Sebaliknya jika  GAGAL  maka semua CACI MAKI dan kegagalan itu akan didakwakan kepada dirinya..


Itu lah aturan yang dibuat oleh Lord Pemilik Tanah Melayu untuk menunjukan Superiority mereka kepada bangsa bukan melayu yang menumpang hidup di tanahnya .....





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh ingtkan road to gereja td. Dulu2 kan ada iklan Dr kbs utk melawat gereja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 01:33 PM | Show all posts
-----
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 14-8-2024 04:24 PM
Bagaimana dengan Jalan Kegangsaan?

Sekali baca aq ingatkan jalan keganasan tadi...adoii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.063434 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list