CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17829|Reply: 22

[Jenayah] Pesara 'menangis' duit ASB, KWSP RM276,900 ditipu sindiket

[Copy link]
Post time 15-8-2024 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Pesara 'menangis' duit ASB, KWSP RM276,900 ditipu sindiket


Kuantan: Mudahnya diperdaya hingga 'hangus' duit simpanan berjumlah RM276,900.

Itu nasib malang menimpa seorang pesara kerajaan di daerah ini akibat diperdaya sindiket 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata, berdasarkan laporan diterima, wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan telefon suspek yang menyamar sebagai pegawai SKMM pada 16 Julai lalu.

Katanya, suspek kemudiannya memaklumkan bahawa mangsa terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram sebelum panggilan disambungkan kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

"Sepanjang tempoh 16 Julai hingga 29 Julai lalu, mangsa diarahkan suspek membuat transaksi melalui mesin juruwang automatik (ATM) kepada enam akaun bank berlainan.

"Siasatan mendapati mangsa mengeluarkan simpanan di dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya tadi.

Yahaya berkata, pihaknya menasihati orang ramai tidak mudah panik dan jangan mudah percaya dengan apa juga dakwaan diterima melalui panggilan telefon oleh individu tidak dikenali.

"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan," katanya.

Disiarkan pada: Ogos 15, 2024 @ 2:16pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuantan lagi. Org kuantan ni mmg scammer suka eh. Byk btul pesara kne scam ribu2. Jgn mudah trpedaya, scammer mcm2 skg ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 02:59 PM | Show all posts
kesian,kebanyakan org tua x cakna pasal penipuan gini
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 03:18 PM | Show all posts
Kasihan betul kepada pemangsa penipuan ini, walau pun pelbagai hebahan berkenaan scammer ini telah dilaksanakan, ternyata sindiket ini masih lagi berjaya melaksanakan kerja-kerja jahat mereka, sesuatu yang lebih drastik mesti dilaksanakan dengan segera oleh institusi yang berkaitan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum kira lagi yg ramai2 kena scam dgn tok janggut lah, xmusang la, ketum metal la. Wpun dh tau benda tu tipu tp tetap nk cuba nasib. Yg masuk tu pun bukan semuanya tak de edukasyen, jawatan pun bukan calang2, tp entah lah tak tau nak kategorikn sbg apa
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 03:34 PM | Show all posts
depa nih mcm ada aura bomoh, kan? kwn iolls penah nk kena tipu sampai terfikir nk buat loan..nasib kwn dia sedarkan dia....dia dh nk g kua g cari duit scammmer tu mtk brp puluh ribu juga lah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2024 05:52 PM | Show all posts
"Sepanjang tempoh 16 Julai hingga 29 Julai lalu, mangsa diarahkan suspek membuat transaksi melalui mesin juruwang automatik (ATM) kepada enam akaun bank berlainan.

Walaupun salah pakcik tu transfer duit to 6 account berbeza, tapi bank still boleh trace kemana duit tu pergi. Mungkin scammer tu transfer beberapa kali nak bagi bank confuse tapi takkanlah akhirnya hilang macam tu saja. kalau orang hilang tak bayar laon pandai pula cari.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengapa tidak diadakan kempen besar besaran tentang isu ini.Apa guna tv, soc med semua.ni kalu tak serius tangani jenayah scammee ni.Bykl duit rakyat hilang ke phk luar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2024 06:03 PM | Show all posts
Kepada forumer Cari yang cerdik pandai, tolonglah pesan kepada mak bapak, datuk nenek dan saudara-mara supaya jangan tertipu dengan panggilan telefon daripada orang yang mengaku sebagai polis dan sebagainya. Kalau polis tu betul nak cari kita, mereka dah ada di depan pintu rumah kita.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 15-8-2024 09:52 AM
"Sepanjang tempoh 16 Julai hingga 29 Julai lalu, mangsa diarahkan suspek membuat transaksi melalui m ...

Kat Singapore pernah kuar berita, pekerja bank setopkan transaksi meragukan siap hubungi pemilik akaun untuk sedarkan dia, dia tengah kena scam (ni love scam - Cina panggil, slaughter pig scam. Pig = mangsa).

Belum pernah baca berita gini di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 15-8-2024 10:03 AM
Kepada forumer Cari yang cerdik pandai, tolonglah pesan kepada mak bapak, datuk nenek dan saudara-ma ...

Mak pernah nak terkena TM scam tu. Mujo dia kepoh kasik tau aiol. Aiol marah. Memula dia tak percaya yach. Wah gitu kau, tak percaya anak sendiri, boleh pulak ko dengar cakap stranger. Aiol terus marah marah marah marah marah. Nasib baik la finally dia terima hapa aiol cakap pehtu esoknya bila scammer tu call guna private number, dia berjaya tak layan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 06:08 PM | Show all posts
kesiankesiankesiankesian
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hello, nak keluar asb pun jenuh nak kena bank sana pun kena scam ke? Aduhai. Ni orang kata baik ko buat2 busy kerja pakcik oi. Bila takde kerja gini la jadiknya
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Soklan seriyus.
Lgsung xbaca @ dgr berita ka??
Ni bukan rentua illiterate yach..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miss_perfect at 15-8-2024 07:35 PM

Masa dia keluar duit banyak2 pun melalui ATM ke? Bukan ke kalau duit tu dalam amount yang besar kena pergi kaunter? Kalau dia keluarkan duit banyak sekaligus banker tu tak tanya ke kenapa keluarkan duit simpanan banyak... Orang tua summore.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-8-2024 06:05 PM
Kat Singapore pernah kuar berita, pekerja bank setopkan transaksi meragukan siap hubungi pemilik a ...

Yes pernah baca news yg sama.... Ada bank yang berjaya hentikan scam tu walaupun pemilik akaun tu dah marah2 pekerja bank tu kan... Tapi at least duit tu selamat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2024 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Huih ni bahaya
Moga dijauhkan
Sakit tak berdarah tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 09:10 PM | Show all posts
baru ni keluarkn asb, teller tu tanya nak buat apa duit tu? terkejut jugak sebelum ni tak pernah kena tanya mcm tu. pastu teller tu ckp saya kena tanya, takut kena scam ke apa ke. bagus la, dah ada improvement
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
airisa replied at 15-8-2024 09:10 PM
baru ni keluarkn asb, teller tu tanya nak buat apa duit tu? terkejut jugak sebelum ni tak pernah ken ...

I takde kena tanya haha
Takdela ratus ribu punya amaun pun
Tapi i buat bayaran visa application jugak
So maybe dia assume i nak ke oversea nak pakai duit
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Macau ijau!

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.100475 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list