|
Rexy Mainaky berkata Malaysia perlu fokus untuk mengumpul pingat daripada sukan lain dan tidak mengharapkan badminton semata-mata.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) berkata, tumpuan boleh diberikan kepada sukan seperti renang, olahraga, dan gimnastik yang berpotensi menghasilkan pingat untuk negara.
Kenapa tidak untuk masa hadapan kita juga fokus kepada sukan yang boleh menghasilkan pingat seperti olahraga, renang, gimnastik dan terjun.
“Berikan dana untuk mereka, selain badminton tumpukan dana untuk renang. Contohnya hantar atlet berlatih di Amerika Syarikat (AS) empat tahun…sediakan dana, berlatih.
Setiap atlet mungkin boleh sumbangkan pingat. Kita sasarkan lima mungkin boleh dapat satu. Jangan hanya harapkan badminton, saya jamin kalau hanya harapkan badminton kamu akan menghadapi tekanan seperti kami, katanya pada sidang media di ABM.
Sementara itu, Rexy mengakui pasukan badminton kecewa kerana gagal meraih pingat emas namun berpuas hati dengan prestasi pemain.
“Kita harus jujur, kita kecewa tetapi gembira dengan prestasi pemain, mereka juga kecewa tak dapat emas tetapi mereka dah tunjukkan prestasi.
Tetapi apa yang sudah kita buat, kita akan pastikan masa akan datang kita cuba meraih emas dengan pasukan dan bakat yang kita ada, katanya. FMT |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|