View: 36744|Reply: 57
|
Tak semua ‘gomen’ kerja kaunter
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – “Ingat semua penjawat awam kerja jaga kaunter sahaja ke?”
Demikian respons seorang pengguna media sosial terhadap sindiran sesetengah pihak yang mengaitkan isu kaunter dengan penjawat awam.
Isu itu dibangkitkan mereka susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.
Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, rata-rata berseloroh penjawat awam perlu membuka lebih banyak kaunter selaras dengan kenaikan gaji tersebut.
“Betul naik gaji, tapi kaunter masih juga kosong,” kata Frend.
“Penjawat awam perlu pastikan semua kaunter buka lepas ini. Gaji dah naik dah,” ujar Roy.
“Ada yang kata selepas ini jururawat bawa mesin X-ray semua kat kaunter,” seloroh Bryn.
Sementara itu, seorang pengguna dikenali sebagai Ayu berharap agar penyelarasan kenaikan gaji itu dapat dilaksanakan dengan segera.
“Sudah empat kali umum, harap dapat dilaksanakan dengan segera,” ujarnya.
“Kerani kewangan aku beritahu, biarlah menteri cakap kat televisyen itu. Dia tunggu surat arahan pekeliling sahaja,” jelas Encik Bawang.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan esok menjadi hari bahagia buat lebih 1.6 juta penjawat awam apabila pengumuman mengenai kenaikan gaji akan dibuat Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Setiap penjawat awam sebelum ini mendapat gambaran umum peningkatan gaji masing-masing yang dijangka bermula 15 hingga 42.7 peratus.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pegi maybank, ada 6 kaunter tp yg bukak 2 je...kena sidai dkt 2 jam
|
|
|
|
|
|
|
|
Mn2 tempat yg ada kaunter.. Sama je... Baik gomen or bank.. |
|
|
|
|
|
|
|
asal gomen je kaunter, asal gomen je kaunter..ingat kita ni muka kaunter ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dah perkhidmatan kaunter ko plg hauk org duk ckp la sampai AJM. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasni rega naik korang tunggu je la ekk.. ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
ada juga agensi yg bagus. I hari tu kelam kabut pergi Imigresen. Waktu rehat dah dekat dan nombor dah habis. selepas slow tak dapat juga siapkan dalam hari sama. tak semua yg duk kaunter bawa masalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Lotus pon ada banyak kaunter bukak dua, serupa je lembab. Tp biasalah, x kan la smua org yg keje nak dikerah dok kaunter. |
|
|
|
|
|
|
|
sistem kerajaan skrang ni dah banyak pakai online. mohon pusaka pun pakai online. tp tulah dah public pun dok ngadap nak pegi kaunter jugak, padahal kerajaan pun tgh nak meminimakan pekerja dah la ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat iols sini,kaunter ada 8,yg bukak wajib 2 je.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pegi maybank suruh set appointment kt website die. aku pun gigihla buat appointment online tu, datang2 je kene tolak sbb takde dlm sistem diorg pulak. maybank aku dok perati mmg hauk. online banking die pun bercelaru. padia ada mae suruh register maybank2u lg. nak kata kerajaan bukan
|
|
|
|
|
|
|
|
Jaya grocer tmpt iols paling best,semua kaunter dorang bukak. |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya cadangan kenaikan gaji penjawat awam ni adalah pencetus kenaikan gaji untuk semua sektor lain sama ada swasta, sme, bank dan lain2 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
yg keje kaunter tu la dok multitasking kt belakang. dia la kerani, dia la cek sistem, dia la angkat call, dia laa bz semak itu ini. ni certain kes la.. not sure yg org selalu complain tu kena situasi mcm mana. klu kat tempat aku laa mmg pantang kaunter ni kosong. ko tgu la bos panggil nanti |
|
|
|
|
|
|
|
kaunter mydin pun hauk
maybank pun hauk
aeon pun hauk
imi kat utc xxx pun hauk..tambah lagi aircond situ rosak peluh2 org kaunter keje dan pelawat yg berurusan di situ
|
|
|
|
|
|
|
|
pendek kata semua perkhidmatan kaunter semua hauk..
gomen swasta semua sama je.. |
|
|
|
|
|
|
|
pegi pasaraya kaunter ada 8 buka 4 aje customer Long Q nape tak ada org hentam tapi masih gi pasaraya juga kan?? kesian staff gomen asyik kena kencam aje.
|
|
|
|
|
|
|
|
kul 7 anta anak
kul 9 duha
kul 10 bekfes
kul 12 amik anak
kul 2 lunch
kul 3 zuhur
kul 4 hi tea
kul 5 balik |
|
|
|
|
|
|
| |
|