CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37991|Reply: 5

RASMI: BN menang dengan majoriti 3,352, kembali rampas kerusi DUN Nenggiri

[Copy link]
Post time 17-8-2024 10:32 PM | Show all posts |Read mode





GUA MUSANG – Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan selepas calon parti itu, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) sekali gus merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.


Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Kompleks Majlis Daerah Gua Musang kira-kira pukul 9.30 malam tadi.


Mohd. Azmawi menang dengan majoriti 3,352 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd. Rizwadi Ismail.


Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu memperoleh undian 9,091 undi manakala Mohd. Rizwadi 5,739 undi.


Terdahulu, sebanyak 20 pusat pengundian bagi PRK Nenggiri dibuka pada pukul 8 pagi tadi.


Sebanyak 71.88 peratus daripada 20,259 pemilih yang berdaftar dengan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) keluar mengundi pada hari ini.


Terdahulu, PRK DUN dijalankan selepas penyandangnya, Mohd. Azizi Abu Naim dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilucut hak sebagai ahli selepas melanggar peraturan dengan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus bertentangan dengan prinsip parti.


Sehubungan itu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengumumkan kekosongan luar jangka pada 13 Jun lalu.


Keputusan itu dibuat selepas beliau menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada Bersatu mengenai pengguguran keahlian Mohd. Azizi.


Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, Mohd. Azizi berjaya menewaskan penyandang kerusi berkenaan daripada BN Ab. Aziz Yusoff dengan majoriti 810 undi.


Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Semoga yb yg terpilih. Semoga dapat buat perubahan di nenggiri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 01:07 PM | Show all posts
okeh, 1st mission, selongkar sodok semua, siapa gerangan pemusnah hutan.... ada payung pun sekali gempur... kakitangan awam, tak payah banyak soal, kasi angkut...

wujudkan team peronda orang asli, kerjasama dengan dorang, bagi elaun...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuah dok meratib "Israel" time kempen kot..

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah org Nenggiri dpt wakil rakyat herlokk...kalo calo  Pas yg menang..mmm hitam berkerak persis rohingya ja
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2024 10:52 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.222650 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list