CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29970|Reply: 8

[Jenayah] Hampir tiga minggu diburu, akhirnya 'hantu' Jalan Austin Heights Utama dicekup polis

[Copy link]
Post time 18-8-2024 06:47 PM | Show all posts |Read mode
UTAMA

Hampir tiga minggu diburu, akhirnya 'hantu' Jalan Austin Heights Utama dicekup polis

Izz Laily Hussein
[email protected]



TANGKAP layar rakaman tular menunjukkan wanita menyamar hantu untuk menakutkan pengguna jalan raya. FOTO Izz Laily Hussein



RAUB menunjukkan suspek yang menyamar hantu ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, hari ini. FOTO Izz Laily Hussein


Johor Bahru: Selepas hampir tiga minggu tular kemunculan kelibat 'hantu' di sekitar kawasan Jalan Austin Heights Utama di sini, akhirnya polis berjaya menahan seorang wanita yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental, semalam.

Gelandangan berusia 31 tahun itu yang diburu polis sejak tularnya video pada 27 Julai lalu, ditahan pada jam 10.51 malam tadi di lokasi berkenaan.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil siasatan awal mendapati, wanita itu menyamar sebagai 'hantu' bertujuan menakut-nakutkan pengguna jalan raya dan kemudian menyergah serta menendang mana-mana kenderaan sebelum bertindak seolah-olah dilanggar.

Beliau berkata, sebaik 'dilanggar', wanita itu akan memeras ugut pemandu kenderaan bagi meminta wang sebagai ganti rugi kerana melanggarnya.

"Pada jam 12.30 tengah hari, 27 Julai lalu, polis menerima satu video tular di media sosial memaparkan kejadian seorang individu yang menyerupai seperti hantu yang menyergah kenderaan awam di tepi jalan.

"Kita kemudian membuat rondaan bagi tujuan mengesan dan menahannya, bagaimanapun beberapa kali gagal kerana individu terbabit melarikan diri.

"Anggota polis yang bertugas memaklumkan ketika kejadian, wanita itu akan mengilai namun akhirnya semalam kita berjaya menahan wanita berkenaan yang dipercayai mempunyai masalah mental," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, hari ini.


Menurut Raub, semakan rekod lampau, suspek mempunyai satu rekod jenayah di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan sudah didenda RM1,000 pada 27 Jun 2018.

Katanya, ujian saringan awal air kencing pula mendapati suspek negatif dadah.

"Kita juga membuat semakan rekod perubatan dan mendapati suspek pernah dimasukkan ke Zon Kuning Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 2022 dan 2023 kerana kemalangan dan mengalami kemurungan.

"Pagi tadi, kita merujuk suspek ke HSI untuk pemeriksaan lanjut berkaitan kesihatan mentalnya dan masih menunggu keputusan," katanya.

Raub berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Peruntukan 23 Peraturan-peraturan Lalu Lintas Jalan 1959.

Pada masa sama, Raub mengingatkan mana-mana pengguna jalan raya yang pernah menjadi mangsa pemerasan oleh suspek supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

"Kita juga berharap, dengan tangkapan yang dibuat ini, dapat meredakan rasa takut orang ramai untuk keluar malam dan menggunakan jalan berkenaan," katanya.

Disiarkan pada: Ogos 18, 2024 @ 2:01pm


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ights-utama-dicekup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2024 06:47 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuma tau ada aeon mount austin.

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Panjang pulak umur dia. Tak dilanggar hingga mampus.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sakit mental pun reti nak peras ugut orang??
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 10:44 AM | Show all posts
kuzaime replied at 18-8-2024 11:46 PM
Sakit mental pun reti nak peras ugut orang??

kannnnn.. ni yang aku fikir masa baca td. kena tangkap terus jadi pesakit mental
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang mental takan buat camtu. Yg buat2 mental je sanggup.. dan2 kena tangkap ngaku mental..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2024 03:38 PM | Show all posts
the femes Adeline tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni tak jd gelandangan dah....masuk penjara semua free. Tempat berteduh tak kena hujan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.126127 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list