View: 17253|Reply: 42
|
Ada Koyakan Pada Kemaluan, Nuraina Humaira Mungkin Dirogol Sebelum Dibunuh - Polis
[Copy link]
|
|
Polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di sini, Sabtu lalu dirogol sebelum dibunuh.
Koyakan Pada Kemaluan Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, bedah siasat yang dijalankan ke atas Nuraina Humaira Rosli, 10, menemui kesan koyakan pada kemaluan.
Menurutnya, laporan sama dikeluarkan Hospital Sungai Siput pada jam 4.30 petang itu juga menunjukkan terdapat kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher mangsa.
"Berdasarkan siasatan awal dijalankan, ada kemungkinan kanak-kanak ini yang mempunyai masalah pendengaran dan lembam telah dirogol dan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di kawasan mangsa ditemui.
"Dengan perkembangan baharu ini, kes yang pada mulanya disiasat sebagai mati mengejut telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"
katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di sini pada Ahad. Remaja Lelaki Ditahan Beliau berkata, susulan kes itu, polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bagi membantu siasatan.
Katanya, remaja berkenaan yang juga saudara terdekat mangsa ditahan di kediamannya di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu pada jam 5.30 petang pada Ahad.
"olis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek esok (Isnin) di Mahkamah Majistret Sungai Siput.
"Setakat ini polis telah merakam percakapan penduduk kampung dan kemungkinan akan memanggil beberapa lagi individu termasuk ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mohd Khaizam berkata, hasil siasatan dijalankan mendapati, tempat terakhir kanak-kanak berkenaan dilihat adalah di Surau Madrasah Darulsalam yang jaraknya kurang 100 meter dari rumah keluarganya sekitar jam 3 petang pada Jumaat.
"Jadi kehilangan mangsa disyaki berlaku dalam tempoh berkenaan.
"Siasatan masih di peringkat awal jadi kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ke sini untuk tampil bagi membantu siasatan," katanya.
Dalam kejadian itu, mayat murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.
Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya di kampung berkenaan.
Sumber: Astro Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
astafirulahalazim... jahatnya manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Kejamnya pelaku. Dah rogol pastu kau bunuh plk budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Makin kejam penjahat mesia... |
|
|
|
|
|
|
|
Makin bnyk kes bunuh, rogol kat msia. Something need to do. System masyarakat kita da collapse ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dapat hukuman setimpal...makin ramai orang sakit mental sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya umur baru 10thn. special needs children pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dENGo citer yg bunuh tu org asli juga ada hubungan saudara |
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 19-8-2024 12:27 PM
dENGo citer yg bunuh tu org asli juga ada hubungan saudara
Pak sedara dia ke? Sebab orang last dengan dia pak sedara tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 19-8-2024 01:12 PM
saudara terdekat, cakap je la terus pertalian dengan arwah, pak saudara ke, sepupu ke, kes dah viral pun.
Kesian adik ni jadi mangsa, orang terdekat pulak tu.
Umur muda macam ni esok2 keluar penjara, sila jangan membiak ye, anda tak layak untuk beranak pinak. Semoga punai tu mati terus.
|
|
|
|
|
|
|
|
keji manusia skrg, anak ni dah la oku ko buat camni plak.
jahanam laa sedara sendiri pun takleh harap
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul pelaku umur 17 tahun, takutnya..apa nak jadi dgn anak2 zaman skrg? Risaunya. |
|
|
|
|
|
|
|
kuala mu ni cantik dah, jalan tar.. siap ada chalet tepi sungai dorang buat utk orang awam dtg
duluuuuuuu sebelum 2013 mcm tu, nak masuk kuala mu naik powil berejam! dorang pun takde terdedah dgn dunia luar (tv hp internet dll), mcm aman damai je. kami yg pendaki ni tiap kali lalu perkampungan org asli, seronok tgk kanak2 main.. mana yg dh biasa jumpa org luar, tak takut utk dtg dkt bila dipanggil. kami panggil pun utk bg gula2 atau makanan. kdg2 lepas abis trip, kami akan bg makanan pada dorang tapi dorang tak makan nasi tauuu.. jgn diberi beras, dorang tak reti masak. dorang mkn ubi. ini dulu la.. sekarang byk perkampungan org asli yg dh maju dan di bawa keluar ke kawasan yg lebih maju tp masih dlm hutan kg org asli cuma ada jln utk laluan powil. ada jgk yg masih stay dalam & tak mau keluar sebab selesa duduk dlm rumah sendiri (lama)
utk tak ot, semoga perogol dan pembunuh adik ni dpt ditangkap dan di hukum dgn balasan yg setimpal
manusia semakin kejam dan menakutkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Arwah adik ni seorang yang cacat pendengaran dan lembam (quote dari berita). Kenapalah jahat sangat manusia |
|
|
|
|
|
|
|
linb replied at 19-8-2024 01:40 PM
Kesiannya. Arwah adik ni seorang yang cacat pendengaran dan lembam (quote dari berita). Kenapalah ja ...
Pengaruh porno. Porn skrg yg bukan2 ek, x pernah tengok tp tahu la dari cakap2 org yg porn ni ada porn mrogol kanak2, baby, pastu rakam dan jual kat dark web ke black web black market ke somthing mcm tu lah. |
|
|
|
|
|
|
|
antara hobi OA aku tengok adalah tengok movie/rakaman video/youtube ke apa2 lah..henfon tu hiburan penting..so tak tau lah kalau ada unsur2 porn dalam video yg ditengok mempengaruhi si perogol jadi mcm ni.
kesian mangsa budak kecik lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong la tangkap pedo2 ni & sumbat 1 cell dengan perogol yg menyodom jantan. Baru tau langit tinggi ke rendah. Tolong la jatuhkan siasat & jatuhkan hukuman cepat. Xpayah simpan lama2 bangsat macam ni, buat habis resource negara je |
|
|
|
|
|
|
|
sial keji manusia skarang nafsu binatang |
|
|
|
|
|
|
| |
|