View: 21895|Reply: 0
|
[Dunia]
Lebih 16,400 kanak-kanak maut dalam serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober
[Copy link]
|
|
Lebih 16,400 kanak-kanak maut dalam serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober
AGENSI - Ogos 20, 2024 @ 6:57am
Warga Palestin membawa seorang lelaki yang cedera ke hospital Nasser susulan pengeboman Israel ke atas Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza pada 19 Ogos 2024. - Foto AFP
GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 16,480 kanak-kanak Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata pihak berkuasa tempatan semalam.
"Mangsa termasuk 115 bayi," menurut Ismail Thawabteh, yang mengetuai pejabat media kerajaan Gaza, memberitahu Anadolu.
Beliau berkata 35 kanak-kanak Palestin meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi di tengah-tengah sekatan ketat Israel di wilayah terkepung itu.
"Sekurang-kurangnya 3,500 kanak-kanak di Gaza berdepan risiko kematian di tengah-tengah kekurangan makanan dan kekurangan zat makanan di bawah sekatan Israel terhadap penghantaran makanan ke Gaza.
"Lebih 17,000 kanak-kanak kehilangan ibu bapa mereka atau sekurang-kurangnya seorang daripada mereka akibat dibunuh dengan kejam oleh tentera pendudukan Israel sejak 7 Oktober," katanya.
Selama berbulan-bulan, agensi antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran terhadap kesan psikologi negatif ke atas kanak-kanak Palestin akibat serangan dahsyat Israel ke atas Gaza.
Melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera, Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.
Serangan Israel sejak itu membunuh lebih 40,130 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan lebih 92,740, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Lebih 10 bulan selepas serangan Israel, kawasan Gaza yang luas runtuh di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
Israel didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang mengarahkannya menghentikan serta-merta operasi ketenteraan di bandar selatan Rafah, di mana lebih sejuta rakyat Palestin mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diceroboh pada 6 Mei lalu. - AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
| |
|