CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15503|Reply: 20

[Tempatan] JIM alu-alukan SPRM 'gempur' KLIA, tidak mahu lindungi pegawai rasuah - Ruslin

[Copy link]
Post time 21-8-2024 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 22-8-2024 10:22 AM

JIM alu-alukan SPRM 'gempur' KLIA, tidak mahu lindungi pegawai rasuah - Ruslin
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]


RUSLIN, gambar fail. FOTO Bernama


Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana kakitangan dan pegawai jabatan itu yang melakukan pelanggaran integriti seperti salah guna kuasa dan rasuah.

Ketua Pengarah JIM Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pegawainya yang terbabit dengan kes 'kaunter khas' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata, JIM menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada SPRM untuk menjalankan siasatan lanjut dan akan memberikan kerjasama terbaik secara telus dan adil.

"JIM sama sekali tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pegawai yang terbabit melakukan pelanggaran integriti seperti salah guna kuasa dan rasuah.


"JIM memandang serius kesalahan dilakukan sama ada di pintu masuk negara atau mana-mana pejabat JIM di seluruh negara sehingga mencemarkan nama baik serta imej jabatan dan negara.

"Tindakan dan hukuman yang berat akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada termasuk tindakan buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, JIM amat serius dan komited dalam memastikan tahap integriti pegawai jabatan ini sentiasa berada pada tahap maksimum.

"JIM turut mengalu-alukan orang ramai untuk melaporkan salah laku pegawai jabatan itu sekiranya terbabit dalam kes penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, kesalahan tatatertib dan rasuah.

"Aduan boleh dibuat melalui talian 03-88801246 atau melalui e-mel [email protected] atau hadir sendiri ke Aras 4, Bahagian Integriti, Ibu Pejabat JIM Putrajaya,"katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2024 10:18 AM | Show all posts
Edited by Abahmung at 22-8-2024 10:22 AM

'Ada penguat kuasa jadi tali barut, KLIA2 pilihan sindiket seludup warga asing'

www.bharian.com.my
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim - Ogos 21, 2024





PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara tanpa pemeriksaan pihak berkuasa, dipercayai turut didalangi beberapa individu sebuah agensi penguat kuasa.

Sindiket berkenaan dipercayai didalangi beberapa penguat kuasa sebuah agensi yang bertugas di pintu masuk negara, menjadi tali barut bagi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan menerusi modus operandi 'counter setting'.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata kegiatan sindiket terbabit terbongkar selepas pihaknya menahan 12 individu membabitkan sembilan lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an menerusi 'Op Pump' di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan semalam.

Katanya, mereka yang ditahan membabitkan empat pemilik syarikat dan tiga orang awam dipercayai mempunyai peranan masing-masing bagi menguruskan kemasukan warga asing serta lima penguat kuasa bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2)..

"Tangkapan yang dilakukan ini adalah susulan risikan dijalankan SPRM sejak tahun 2022 terhadap kegiatan sindiket ini yang bersekongkol dengan pegawai sebuah agensi penguat kuasa.

"Sindiket ini dipercayai meraih keuntungan jutaan ringgit dan siasatan dijalankan mengesan terdapat kemasukan wang berjumlah lebih RM4 juta dari tahun 2022 hingga 2024 dipercayai bagi urusan kemasukan warga asing yang turut diagihkan kepada penguat kuasa terbabit," katanya menerusi kenyataan.

Azam berkata, modus operandi kegiatan sindiket terbabit adalah membuat 'counter setting' iaitu bersekongkol dengan penguat kuasa di pintu masuk negara yang sedia menunggu di beberapa kaunter tertentu bagi memudahkan kemasukan kumpulan warga asing berkenaan.

Katanya, kumpulan warga asing yang ingin masuk ke negara ini akan menghubungi ejen berkenaan yang bertindak menguruskan tiket penerbangan termasuk urusan dengan penguat kuasa terbabit.

"Ejen berkenaan akan memberikan maklumat kumpulan warga asing terbabit kepada penguat kuasa yang sudah menunggu di kaunter tertentu dan pada masa sama memaklumkan kepada warga asing itu untuk pergi ke kaunter ditetapkan sebaik tiba di negara ini bagi membolehkan mereka dilepaskan tanpa melalui pemeriksaan yang sepatutnya.

"Sebaik melepasi kaunter khas berkenaan, kumpulan warga asing terbabit akan diambil oleh wakil ejen yang berperanan membawa mereka keluar ke destinasi tertentu," katanya.

Beliau berkata, warga asing terbabit sepatutnya melalui pemeriksaan berdasarkan Pekeliling Imigresen Bilangan 4 Tahun 2021 iaitu mereka perlu mengemukakan pasport atau dokumen yang sah, mempunyai visa, mempunyai tiket perjalanan pergi balik yang sah, mempunyai wang sara diri mencukupi sepanjang berada di negara, perlu menunjukkan alamat penginapan atau tempahan hotel.

Semua suspek berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi proses permohonan reman hari ini.





Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
tali barut rasuah eloklah dihukum. Keselamamatan negara dh x trjamin
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak terkejut.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 12:26 PM | Show all posts
Sial punya orang. Siap set-up counter khas lagi. Sakit hati betul baca berita atas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 12:34 PM | Show all posts
Kalau datang pun dengan cara begini, adakah pendatang nak hormat orang tempatan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2024 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dari dulu sampai nak bagi kat blackrock masih ada benda ni. dajal keluar nnt pun masih sama kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 02:45 PM | Show all posts
harap SPRM dapat tangkap talibarut tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 02:55 PM | Show all posts
ES dah lama bongkar kes2 org atasan ni. memang takde sapa dah boleh percaya
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 03:09 PM | Show all posts
bukan dah lama ke benda ni berlaku...baru nak bongkar ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Org dah lama tau la.. Masaalahnya apa solutionnya....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Wajibkan aja airlines cek paspot penumpang sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada family members pengkhianat ni kena rape n bunuh dgn pati baru serik agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Risikan dari 2022.... Gituuuuu risikan die gune teknologi ape....?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:24 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke ada sop untuk selalu rotate org2 yg keje penguatkuasaan ni..macam imigresen n kastam..buat le rotation 6 bulan sekali bagi x sempat diorg nak selesa sesuatu tempat tu dah kena tukar tempat lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mna berani org bawahan nk buat gitu klu pihak atasan tegas.. so faham2 la
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai tudung,tak makan babi pon ujung2 pangai lahanat mngalahkan kaum yg makan babi hari2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 06:14 PM | Show all posts
silance replied at 21-8-2024 12:26 PM
Sial punya orang. Siap set-up counter khas lagi. Sakit hati betul baca berita atas tu.

harapkan pegar, pegar makan padi. harapkan penguatkuasa, dorang yg jahanamkan negara
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 08:57 PM | Show all posts
mana boleh terus gempur, sekali ambush, boleh lumpuh operasi klia tu, hampir semua kena angkut...

jadi, standby anggota pelapis dulu....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.162665 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list