CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17409|Reply: 2

[Tempatan] Ular tedung selar 'tumpang' di surau, kejutkan jemaah hendak solat Maghrib

[Copy link]
Post time 22-8-2024 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Ular tedung selar 'tumpang' di surau, kejutkan jemaah hendak solat Maghrib
Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 21, 2024 @ 10:01pm
[email protected]


Ular tedung selar yang berada di atas para rak tingkap dalam surau di Kampung Namek Tua. NSTP/Ihsan Bomba

SIK: Sekumpulan jemaah lelaki yang hendak menunaikan solat Maghrib di sebuah surau Kampung Namek Tua, di sini terkejut sebaik menyedari kehadiran ular tedung selar di atas para tingkap surau berkenaan, hari ini.

Ketika itu, ular tedung selar sepanjang tiga meter itu dipercayai mengembangkan kepalanya dan bersedia untuk mematuk apabila rasa terancam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata kejadian itu disedari seorang jemaah yang dalam saf yang terdengar dengusan sebelum ternampak ular tedung selar berkenaan.


Anggota BBP Sik berjaya menangkap ular tedung selar sepanjang tiga meter di surau Kampung Namek Tua ketika jemaah hendak menunaikan solat Maghrib. NSTP/Ihsan Bomba


Beliau berkata, mereka kemudian menghubungi BBP Sik dan sebahagian jemaah meneruskan solat secara bergilir-gilir bagi memastikan ular itu tidak lari sebelum bomba sampai.

"Sepasukan anggota dari BBP Sik yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Shahnizam Darus tiba di lokasi bersama enam anggota sebaik menerima panggilan pada jam 8.10 malam.

"Tindakan operasi adalah menggunakan peralatan khas bagi menangkap ular tedung selar itu dan anggota kami mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap reptilia berbisa itu.

"Ular itu bertindak agresif dan membahayakan ketika anggota kami cuba menangkapnya, namun dengan kemahiran yang ada pada anggota, ular itu berjaya ditangkap," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zulkhairi menasihatkan orang ramai di daerah itu supaya berhati-hati dengan cuaca yang tidak menentu dan lembap ketika ini.

Beliau berkata, ini kerana ular sering menjadikan kawasan sejuk untuk tumpang berteduh dan sepanjang minggu ini sahaja panggilan kecemasan membabitkan ancaman ular yang diterima BBP Sik adalah sebanyak 10 kes.

"Ia membabitkan tangkapan ular tedung selar, tedung senduk dan sawa.

"Orang ramai juga perlu sentiasa menjaga kebersihan di kawasan rumah, selain memastikan kasut diperiksa sebelum disarung untuk kecemasan di luar jangka," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti group solat first tu tak focus. Second group pun sama bomba dah nak sampai.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut bagi salam dlu kat ular tu mana tau itu jelmaan jin Islam nak tumpang solat berjemaah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.108248 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list