View: 22311|Reply: 8
|
[Politik]
Kebenaran terpancul jua akhirnya vol:5
[Copy link]
|
|
Pembunuh pengasas AmBank kekal ke tali gantung
Oleh
NOOR AZLIDA ALIMIN
21 Ogos 2024 02:14pmMasa membaca: 3 minit
PUTRAJAYA – Hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas pemandu trak tunda yang membunuh pengasas Arab-Malaysian Bank (AmBank), Hussain Ahmad Najadi pada 2013 lalu dikekalkan Mahkamah Persekutuan di sini pada Rabu.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak semakan hukuman mati yang dibuat Koong Swee Kwan selaku pemohon.
Ketika membaca keputusan itu, beliau berkata, dalam kes ini, Hussain yang berusia 75 tahun ketika kejadian mengalami tujuh luka tembakan di dada pada dari jarak dekat.
Menurutnya, pembunuhan berkenaan dirancang dengan niat yang jelas, iaitu untuk memastikan si mati tidak akan selamat daripada tembakan itu.
“Ia juga jenayah keganasan yang luar biasa kerana pembunuhan berlaku pada waktu siang, malah menggemparkan masyarakat,” katanya yang bersidang bersama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Hanipah Farikullah.
Susulan itu beliau berkata, mahkamah menolak permohonan Swee Kwan, 55, untuk mengetepikan hukuman gantung sampai mati itu.
Semasa hujahan, peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili pemohon berkata, kes itu tidak termasuk dalam kejadian yang paling jarang, antara yang jarang berlaku.
“Justeru itu, pemohon merayu agar dia dikenakan hukuman penjara dan mahkamah mengetepikan hukuman gantung sampai mati.
“Dia yang mempunyai penyakit asma, telah memohon maaf kepada keluarga mangsa, selain insaf sepanjang menjalani hukuman penjara sejak 2013 lalu,” katanya.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusaini Amer Abdul Karim menghujahkan bahawa, kes itu telah mengejutkan negara memandangkan mangsa terlibat merupakan seorang tokoh perbankan.
“Pemohon telah menembak mangsa sebanyak tujuh kali dari jarak dekat, malah turut mengena isteri mangsa kemudian dia merancang untuk melarikan diri dengan menaiki teksi,” katanya.
Pada 1 Mac 2021, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap Swee Kwan bagi kesalahan membunuh mangsa.
Panel tiga hakim turut mengekalkan hukuman penjara 18 tahun ke atas lelaki berkenaan, bagi kesalahan cuba membunuh isteri Hussain iaitu Cheong Mei Kuen, 52.
Swee Kwan yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dituduh melakukan kedua-dua kesalahan di kawasan parkir Kuil Kuan Yin di Lorong Ceylon antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai 2013.
Pada 5 September 2014, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Azman Husin menjatuhi tertuduh hukuman itu namun pada 14 Disember 2016, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mengenepikan sabitan terhadapnya dan mengarahkan kes itu dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi.
Ia selepas memutuskan, Mohd Azman mungkin berprasangka memandangkan hakim itu telah mendengar rayuan seorang pemandu teksi, Chew Siang Chee, yang berdepan pertuduhan memiliki pistol dan peluru.
Siang Chee dikatakan adalah individu yang memandu kenderaan membawa Swee Kuan dari lokasi selepas insiden tembakan itu.
Dia telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memiliki pistol serta peluru hidup namun, dia telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2015.
Dalam kejadian itu, Hussain, 75, meninggal di tempat kejadian sementara isterinya, cedera apabila ditembak di kawasan parkir di kuil Cina Ceylon Kuan Yin Temple, Kuala Lumpur akibat terkena tembakan rambang.
Mengikut laporan, pasangan suami isteri itu sedang duduk di tempat kejadian apabila dihampiri seorang lelaki tidak dikenali lalu melepaskan beberapa tembakan.
Penembak itu kemudiannya melarikan diri dengan menaiki teksi bersama dua individu lain.
https://www.sinarharian.com.my/a ... kal-ke-tali-gantung
|
|
|
|
|
|
|
|
SEBELUM PRU14.. acik2 sedang bersembang sesama sendiri
makcik 1 : aku nak UMNO kalah sebab aku nak najib masuk penjara kerana bunuh altantuya, kevin morais, teoh beng hock, pengasas ambank etc
makcik 2 : ambo pulop nok tahu mano najib sorok MH370 dan ambo tahu MH17 ditembak sebab najib ado rahsio
pakcik 1 : saya cuma nak tahu mana pergi wang 1MDB sebanyak RM60 bilion yang najib songlap.. tengok tanah TRX tu cuma lubang kosong
pakcik 2 : pakcik pulak nak najib yang zalim tu tumbang sebab bini dia beli cincin kununnya menabung sejak lahir, pastu bini dia owner grab.. pakcik nak bawak teksi pon susah sekarang ni.. PH janji nak hapus tol, minyak jadi harga level venezuela, EPL percuma etc
SELEPAS PRU14
acik 1&2 : alhamdulillah akhirnya najib terbukti bersalah....
bangkem : ye ke najib dah terbukti bersalah atas dakwaan macam acik2 tuduh (fitnah) sebelum ni?
makcik 1 : eh ko tak baca newspaper ke.. kan najib dah bersalah songlap duit 1MDB tuuuuu
bangkem : najib cuma sangkut sebab TERpakai duit (yang diuruskan oleh pembantu) untuk beli sejadah, kain pelikat etc).. duit tu bukan untuk najib guna untuk perbelanjaan peribadi ponn
makcik 2 : eh samo la tu eh.. pencuri jugak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-8-2024 06:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
10 tahun lepas berjela jela thread najib bunuh pengasas ambank nih
Nape kali ni senyap sepi je |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulan:Abang Kem punya bakat menulis....hehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
Naper kes yg ni tak lepas eh? Indon pembunuh pegawai am bank dengan pembunuh nurse tu boleh plak ganti hukuman gantung kepada penjara seumur hidup. Klu ikutkan nurse yg mati punya sial pembunuh tu sanggup rogol org tu masa tgh nazak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tred see yal apo ini?
Bangnon dah walk hand in hand dgn mohdi ler..tak move on lagi keww kimakruk?
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by izwan_izi at 22-8-2024 11:34 PM
Sekarang ni apa motif sebenar diye membunuh..?
Takkan OKT bgn2 pagi terus pikir nk bunuh pengasas ambank..? |
|
|
|
|
|
|
|
izwan_izi replied at 22-8-2024 11:30 PM
Sekarang ni apa motif sebenar diye membunuh..?
Takkan OKT bgn2 pagi terus pikir nk bunuh pengasas ...
Tu lah
Dlm artikel pun tak sebut
Ape kaitan pesalah dgn founder bank tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|