View: 60208|Reply: 31
|
[Jenayah]
Mendapat Invite Masuk Group Whatsapp Darjah 4, Penuh Dengan Conversation Lucah! - "Mana Hang Punya Kote Nak Tengok"
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR —- Belum reda isu kes murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah didakwa menawarkan khidmat seks dengan harga RM10, Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi semalam berkongsi kewujudan ‘group WhatsApp’ membabitkan murid darjah empat yang dipenuhi perbualan lucah.
Fairuz berkata kes terbabit telah viral di Threads susulan seorang ibu memuat naik kisah anaknya dijemput masuk ke dalam ‘group WhatsApp’ terbabit oleh rakan perempuan kanak-kanak itu yang awalnya disangka hanya sebuah ‘group WhatsApp’ untuk mereka berkongsikan kerja sekolah.
Dalam kes itu, si ibu bernasib baik kerana dia yang memegang telefon pintar dan membaca perbualan tersebut bukan si anak, maka wanita terbabit berkesempatan untuk mengambil tindakan sewajarnya.
“Tapi itulah, bukan semua ibu ayah cakna dengan anak, tambah-tambah yang bagi phone pada anak tanpa ada pantauan dan peraturan, tiada parenting control, apatah lagi family link bahkan langsung tidak dididik baik buruk penggunaannnya.
“Dalam kes ni, mujurlah si ibu yang pegang phone anak masa tu, at least dia boleh berbuat sesuatu. Bayangkan budak-budak lain (dalam group berkenaan) tanpa sedikit pun mak bapak tahu apa yang anak mereka lakukan.
“Beginilah kisah anak-anak kita hari ini. Diuji dari segenap sudut. Jika kita mak bapa tak bersedia mendepani cabaran ini, makin hanyut anak kita nanti. Nauzubillah.
“Buat mak ayah, ada masa nanti, cuba ambil phone anak dan check group yang anak sertai. Jika ada jumpa benda-benda macam ni, ketahuilah yang anak masih sempat diselamatkan,” kata Fairuz menerusi hantaran di Facebook pada Khamis yang turut memuat naik tangkap layar posting Threads ibu terbabit.
Mengulas lanjut, Fairuz menasihatkan ibu bapa yang belum memberikan telefon kepada anak-anak mereka, terutama yang bersekolah rendah, supaya tidak melakukannya kerana ia bukan satu keperluan.
Fairuz turut menceritakan bahawa sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beliau sering dijemput berceramah di sekolah menengah, namun selepas PKP majoriti jemputan diterima beliau adalah dari sekolah rendah.
Beliau berkata guru-guru juga pening dengan kes kelucahan budak-budak hari ini yang adakalanya bermula dari darjah satu lagi.
“Side story, mesej seorang guru selepas saya berceramah di sekolah beliau: “Salam tuan. Lepas tuan datang ke sekolah kami hari tu makin ramai murid yang berani tampil buat aduan. Yang mengejutkan dan lebih mengecewakan dah ada gejala gay di sekolah kami. Allahu.
“Ya kami terkejut. Bila handle kes macam ni rasa macam nak anxiety dah. Sampai ada kes dorang ‘buat’ di tandas sekolah
“Ada kes ringan-ringan pun ada. Rasa nak pecah dada ni. Puncanya adalah: pornography!”,” kata Fairuz yang sering mendedahkan mengenai isu-isu seksual melibatkan murid sekolah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nama group pun normalize kan hisap dadah je. Wsap pun x selamat skg. X sangka darjah 4 lagi dah cmni. Sticker kat wasap tu ada gak yg merepekk |
|
|
|
|
|
|
|
Aku harap budak2 sekolah aku belum sampai level babi camni. |
|
|
|
|
|
|
|
mak i guru displin bersara. kat RnR pagoh tu ada anak siapa ntah
- perempuan -
- isap vape -
- rambut kaler -
- dukung bayi ( rasanya adik dia )
mak i berhenti jalan . stare at her....hujung rnr tu ada orang jual rotan
sebelum anak orang tu kena libas i tarik mak i tepi dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 23-8-2024 12:53 PM
mak i guru displin bersara. kat RnR pagoh tu ada anak siapa ntah
- perempuan -
- isap vape -
Hahaha lawak.
Tapi cikgu camtu la. Lagi2 ex cikgu disiplin. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak.payah lah nak buat whatsapp group budak sekolah rendah ni. Takut ada orang besar menyamar je dalam tu. Bahaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemain ko dik, group isap dadah terus. Kata2 itu doa. |
|
|
|
|
|
|
|
ape benda la bdk2 ni. byk tgk porn+benda2 merapu la ni. dah phone tu mmg kat tgn malam2 dalam bilik tatau buat apa senyap je tak keluar2 bilik. makayah sampai keluar anak tekak pgl suh keluar join kat living hall. runsing betul laa |
|
|
|
|
|
|
|
Aku masa darjah 4 tengok doraemon n tom n jerry je...i was so innocent back then...how come budak budak zaman sekarang ni dah ramai rosak |
|
|
|
|
|
|
|
Ape benda la pelik pelik ni |
|
|
|
|
|
|
|
sapa suh belikan ank smartphone dgn unlimited data sbln.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar budak2 skrg borak pun dah rasa annoying..segala vavi,sial,anjing dah jd mcm biasa..kita dulu klu ckp mcm nie mau dah dilumur cili |
|
|
|
|
|
|
|
Hakikatnya budak perempuan sekarang lg advance ye..ingtkn anak korang yg lelaki..jgn melayan..kumpul bukti..kalau kau melayan...apa2 jd kau yg salah..yg perempuan mudah2 je boleh play victim |
|
|
|
|
|
|
|
misc replied at 23-8-2024 09:18 PM
Kemain ko dik, group isap dadah terus. Kata2 itu doa.
Iols tertgk kt youtube kut..ada org rakam videocall budak2..tgh cerita pasal dadah..pastu ada sorg lelaki ni tunjuk dadah tu..dia ada ckp pasal batu..dapur etc
Serius takut nk membela anak zaman skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 23-8-2024 08:53 PM
mak i guru displin bersara. kat RnR pagoh tu ada anak siapa ntah
- perempuan -
- isap vape -
Entah2 plot twist bukan adik tp ANAK dia |
|
|
|
|
|
|
|
yang nama group tu, yang iols baca, sorang budak tu dah 4 kali tukar jadi nama lain yang tak offensive, tapi ada sorang ni yang gigih pegitukar nama isap dadah tu..memula rasa macam nak cerca jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
Bdk prempuan skrg gatal birah lain macam. Thats why kalau ada melayu seksi2 mcm dolla etc tu wajib tegur, at least kita sokong org yg tegur. Ni aku tgk kalau ada org tegur, porumer suka maki yg tegur tu sibuk aurat org,
Hah lama2 benda dah normalise, start sexy, pastu tarian mcm nk menggoda, again, ramai porumer kata jgn sibuk aurat org. Pdhal benda2 tu budak2 ni duk tgk hari2, mana x triggered. |
|
|
|
|
|
|
| |
|