CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74714|Reply: 9

[Politik] UMNO bercita mahu dominan semula

[Copy link]
Post time 24-8-2024 07:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 24-8-2024 07:19 AM

PAU 2024 | Ketua Pemuda Umno, Akmal Saleh tidak mahu parti Melayu itu selesa dengan situasi semasa dengan sekadar menjadi pelengkap kepada Kerajaan Perpaduan hari ini.

Sebaliknya, Akmal berkata Umno perlu kembali menjadi dominan dalam landskap politik tanah air seperti di era kegemilangan sebagai parti Melayu terbesar negara ini.

“Perasaan kita sama juga dengan perasaan akar umbi, kita tak mahu Umno ini terus selesa dengan situasi semasa dengan menjadi pelengkap kepada Kerajaan Perpaduan.

“Umno perlu menjadi parti dominan dalam negara hari ini, angka 26 kita perlu tingkatkan menjadi dua pertiga di Dewan Rakyat.

“Ini barulah level Umno,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Akmal, bagi mencapai hasrat itu, sayap yang diterajuinya memberi sepenuh kepercayaan kepada Presiden, Ahmad Zahid Hamidi untuk merangka strategi terbaik.

“Pemuda Umno komited dan yakin sepenuhnya kepada presiden untuk meningkatkan jumlah 26 kerusi kepada dua per tiga majoriti.

“Umno ini bukan parti pelengkap dan kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai level Umno,untuk kembali dominan dalam politik tanah air ini. Ini janji Pemuda Umno,’ katanya.

'Jangan sentuh 3R’

Sementara itu, Akmal juga turut mengulangi pendirian yang Pemuda Umno akan menentang sesiapa sahaja termasuk rakan dalam kerajaan perpaduan jika mereka menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja).

“Tahun lepas saya dah pesan, tahun ini saya ulang lagi, saya ulang pesanan serupa, kami Pemuda Umno boleh kawan dengan sesiapa sahaja.

“Tetapi kalau sentuh agama, bangsa dan raja, kami akan bangkit lawan tentang kamu habis-habisan,” katanya.

Turut hadir mendengar ucapan dasar itu ialah Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Akmal dalam pada itu turut mengambil kesempatan menzahirkan kesediaan Pemuda Umno untuk bertanding di pilihan raya kecil (PRK) DUN Mahkota sekiranya diberi kepercayaan sekali lagi selepas Umno mendapat kemenangan di Nenggiri.

“Pemuda Umno sedia sekiranya diberi kepercayaan sekali lagi untuk DUN Mahkota.

“Nenggiri sudah berjaya. Jika diberi tanggungjawab sekali lagi Pemuda sedia galas di DUN Mahkota,” katanya.

MalaysiaKini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2024 07:22 AM | Show all posts
apa? domino?  gerak demgan Pn tak mau kau kannn.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru menang 1 kerusi Nenggiri dah over

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau guna fakta dan angka, sememnagnya umnolah yang terbaik

Tapi kalau guna fantasi, khayalan, angan2, maka PH dan PN la yang terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 09:50 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda simple, semua parti berhak utk ada cita2 nk jadi dominan, dan semua parti berhak ada agenda masing2.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh dgn syarat x patch dgn dapig & kawan2
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Serik lah dengan Umno. Dengan geng kampung gangster Umno depan area rumah dorang jalan letak tar lampu semua ada. Area kita yang bukan geng, berpuluh tahun hokeh nak kena tinggi suara hencap nak dpt kemudahan. Longkang belakang rumah dari tahun 79 dorang buat takdek. Hujan air naik buat takdek. Sekali panggil cina lahanat Dap terus laju dorang buat. Apa kes ni? Ni story kat Melaka tau. Akmal ngan Rustam punya negeri. Serik siut UMNO.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu Bung Nuwar join UMNO...ada harapan Dominan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kami mahu PAN jadi parti paling dominan di Malaysia. Sebab Mat Sabu kelakar. Hilang masalah rakyat jika Mat Sabu selalu berucap sebagai Perdana Menteri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.060711 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list