CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35635|Reply: 0

[Johor] Difitnah cuba culik penumpang, pemandu e-hailing trauma, hilang pendapatan

[Copy link]
Post time 25-8-2024 05:09 PM | Show all posts |Read mode


GAMBAR hiasan

Johor Bahru: Seorang pemandu e-hailing mengalami trauma dan kehilangan pendapatan susulan difitnah melakukan cubaan menculik penumpangnya dalam kejadian pada 11 Ogos lalu.

Lelaki berusia 54 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Wong itu menyatakan meskipun polis telah mengesahkan kes berkenaan tiada unsur jenayah culik, namun sehingga kini beliau masih menerima panggilan telefon berbaur ugutan selain gambar wajah dan keretanya ditularkan sehingga kini.

"Selain wajah dan kereta, keberadaan saya turut dikongsikan di media sosial. Saya rasa tidak selamat. Saya turut menerima panggilan kononnya ahli keluarga penumpang itu. Mereka mahu berjumpa dan jika saya tidak akur, saya akan diapa-apakan.


"Saya diperlakukan seperti orang bersalah. Dua laporan polis telah dibuat pada 11 Ogos dan 15 Ogos untuk melindungi diri. Tidak pernah terdetik untuk menculik. Saya berharap masyarakat hentikan fitnah dan pembulian ini," katanya pada sidang media di pejabat MCA di sini hari ini.

Wong yang sebelum ini menjadi pemandu teksi selama 30 tahun berkata, akibat tuduhan itu, dia takut untuk kembali membuat perkhidmatan e-hailing dan kehilangan pendapatan sehingga RM300 sehari.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam Pemuda MCA yang juga Ketua Pemuda MCA Johor Heng Zhi Li berkata, kecaman dan pembulian ini harus dihentikan kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan.


Pada 18 Ogos lalu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh mengesahkan  tiada insiden cubaan menculik membabitkan pemandu e-hailing berkenaan dan seorang penumpang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Balveer Singh dipetik berkata, sebaliknya kejadian itu merupakan  satu salah faham apabila pemandu bertindak menukar laluan tanpa memaklumkan penumpang kerana terdapat kerja penyelenggaraan jalan di laluan asal sehingga menyebabkan penumpang bertindak terjun dari kereta dinaiki.

Insiden penumpang terjun kereta kerana sangka diculik berpunca salah faham - Polis

Disiarkan pada: Ogos 25, 2024


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 1.428934 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list