CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41855|Reply: 3

[Negeri Sembilan] Abang bodyguard kini 'pelukis' pankek comel

[Copy link]
Post time 25-8-2024 05:20 PM | Show all posts |Read mode


Azrul Azwan menunjukkan cara menghasilkan penkek kartun di gerainya Sodap Pancake Kartun di Warisan Puteri, Sikamat. - Foto NSTP/Ahmad Hasbi

SEREMBAN: Daripada seorang lelaki yang berperwatakan serius dan tegas sebagai 'bodyguard' orang kenamaan, dia kini sibuk melayan kerenah kanak-kanak menjual pankek comel berbentuk kartun.

Sejak bertukar bidang itu, Azrul Azwan Anuar, 39, tidak menang tangan setiap hari melayani permintaan kanak-kanak untuk 'melukis' pankek dengan pelbagai watak kartun yang digemari anak kecil.

Menurutnya, dia mula menjual pankek berkenaan kira-kira enam bulan lalu selepas lebih lima tahun bekerja sebagai pengawal peribadi kepada seorang orang kenamaan.


"Selepas mengambil keputusan untuk berhenti sebagai 'bodyguard' dan menjual pankek kartun, saya lebih tenang sebab kita bekerja sendiri dengan waktu sendiri.


"Jika tidak sebelum ini saya pergi merata tempat dan sentiasa berada dalam bersedia. Perubahan bidang kerja itu biasa, tetapi kini saya melayani kanak-kanak berbanding orang kenamaan," katanya ketika ditemui.


Azrul Azwan berkata, ketika menonton video di aplikasi TikTok, video mengenai pankek kartun ini keluar di media sosialnya itu sebelum timbul rasa minat untuk mencuba.


"Saya hubungi penjual berkenaan yang beroperasi di Melaka sebelum mengambil masa selama seminggu untuk belajar membuat pankek ini yang terdiri daripada 34 watak kartun.


"Antara wataknya adalah Hello Kitty, Spiderman, Minnion dan Pikachu. Tetapi jika kanak-kanak minta kartun selain daripada 34 jenis ini, saya cuba buat berdasarkan gambar di telefon bimbit.


"Pankek kartun ini sama seperti pankek biasa, cuma ia dibakar menggunakan adunan tepung yang terdiri daripada pelbagai warna utama seperti putih, hitam, kuning dan merah," katanya.

Menggunakan nama Sodap Pancake Kartun, dia berniaga di bawah khemah di tepi jalan dekat Warisan Puteri dan beroperasi dari jam 11 pagi sehingga jam 6.30 petang.


"Pankek ini dijual pada harga RM10 sekeping dan pelanggan saya biasa memang terdiri daripada kanak-kanak. Kebiasaannya saya dapat jual antara 20 ke 30 penkek sehari.


"Cabaran untuk membuat pankek ini kita terpaksa 'melukis' dengan keadaan tergantung di udara kerana tidak boleh meletak tangan pada kuali panas. Jika pada waktu puncak, tangan memang lenguh.


"Biasanya pankek ini boleh disiapkan dalam masa lima ke tujuh minit bergantung kepada warna dan jenis kartun. Api pula memang kena pandai kawal, jika tidak, pankek akan hangit dan warnanya tidak cantik," katanya.


Katanya, dia berpuas hati apabila melihat kanak-kanak gembira dan teruja membeli pankek dihasilkannya.


"Malah, ada yang datang membelinya setiap hari. Saya juga gembira kerana rasa dihargai selain dapat menunaikan setiap permintaan mereka," katanya.


sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2024 04:27 PM | Show all posts
Cantik lukisan dia itu
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengawal siapa lah itu agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kreatifnya. Kalau aku lukis entah apa la rupa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.049705 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list