View: 39929|Reply: 9
|
[Tempatan]
Terlanggar objek di bawah air,KD Pendekar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tenggelam sepenuhnya.Apa yang berlaku?
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Kapal Diraja (KD) Pendekar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan tenggelam sepenuhnya di posisi dua batu nautika Tenggara dari Tanjung Penyusop, Johor pada jam 3.54 petang Ahad.
Markas TLDM dalam satu kenyataan berkata, usaha menyelamatkan kapal berkenaan melalui operasi salvaj masih dilaksanakan.
“Usaha pantas komuniti maritim telah berjaya menyelamatkan kesemua kru KD Pendekar seramai 39 orang sebelum kapal ditenggelami air sepenuhnya.
“Tiada kecederaan dilaporkan. Mereka kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan di KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Johor,” katanya.
Sebelum itu media melaporkan seramai 39 kru KD Pendekar TLDM berhadapan detik mencemaskan apabila kapal itu tenggelam selepas mengalami kebocoran ketika penugasan operasi pada jam 12 tengah hari Sabtu dipercayai berpunca daripada pelanggaran dengan objek di bawah air.
Kenyataan tersebut juga memaklumkan aset TLDM ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan semasa dan keselamatan persekitaran.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden, dan boleh merujuk kepada sumber rasmi TLDM untuk perkembangan terkini dan maklumat sebenar. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
objek ape yg dilanggar tu???
|
|
|
|
|
|
|
|
Kapal takde sensor yg boleh detect object dlm air ke? Serius nanya ni. |
|
|
|
|
|
|
|
you jump,i jump
|
|
|
|
|
|
|
|
Apakah tindakan selanjutnya? Nak kena kawal kawasan tu sebab senjata dan ammunition masih ada dalam kapal tu. Kalau nak ditinggalkan sebagai tukun pun benda tu kena recover dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bpbbppbp at 26-8-2024 06:59 PM
Kat ES katanya bocor kat stern tube. Stern tube dekat2 bahagian propeller. Kalau kpl lama, biasa masalah bearing dan karat kat stern tube tu. Lagipun air laut ni corrosive. Mcm pelik je bnde yg dilanggar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bangkai kpl terbang kot..... |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan CO kena blame sudah la. Kapal tu dah tua sungguh memang tunggu masa je gamaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan komen...tak boleh vuat spekulasi...kerja rakyat bekerja dgn gigeh |
|
|
|
|
|
|
| |
|