CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19912|Reply: 21

Lelaki maut ditetak sekumpulan individu bertopeng

[Copy link]
Post time 27-8-2024 08:33 AM | Show all posts |Read mode





JASIN – Seorang lelaki maut selepas ditetak sekumpulan suspek bertopeng bersenjatakan parang di hadapan sebuah kedai gunting rambut di Taman Rim Baru, dekat sini, malam tadi.


Dalam kejadian pada pukul 8.39 malam itu, mangsa yang berusia 24 tahun itu cuba diselamatkan oleh adiknya dengan membawa lelaki berkenaan ke hospital, namun kedua-dua mereka dikejar suspek sehingga ke Unit Kecemasan Hospital Jasin.


Satu klip video berdurasi 25 saat berkaitan kejadian tersebut turut tular di media sosial sejak pagi tadi memaparkan pergaduhan sekumpulan individu berhampiran kawasan menunggu di hospital berkenaan.


Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi berkaitan klip tular itu memberitahu, pergaduhan awal dipercayai berlaku di Taman Rim Baru apabila mangsa ditetak sekumpulan individu bertopeng.


“Selepas ditetak, mangsa sempat menghubungi adiknya berusia 22 tahun meminta tolong untuk membawanya ke hospital.


“Sejurus mangsa diturunkan di Unit Kecemasan Hospital Jasin, kereta adiknya tiba-tiba dikepung kumpulan sama yang kemudian bertindak memecahkan cermin kenderaan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Mengulas lanjut beliau berkata, susulan serangan itu, adik mangsa terus memecut kenderaan dan melarikan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin yang terletak kira-kira tiga kilometer bagi mendapatkan bantuan serta membuat laporan kes.




“Ketika cuba melarikan diri, pemuda itu turut melanggar sebuah ambulans hospital. Mangsa yang ditetak bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Jasin pada 10.15 malam,” katanya.


Ahmad Jamil berkata, setakat ini polis berjaya menahan tiga suspek berusia 21,22 dan 31 tahun dan semua mereka direman sehingga 1 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh berhubung dengan pegawai penyiasat di talian 016-5209501 atau 06-529 2222 (sambungan 206).




Sumber : KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2024 09:08 AM | Show all posts
ni geng india ke? kat area jasin memang ramai india. dah la dekat dengan kawasan rumah aku..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
dah macam apa jenayah sekrang
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
jasin bandar kecik lengang pun ada kes camgini
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 10:41 AM | Show all posts
kepompong replied at 27-8-2024 10:35 AM
jasin bandar kecik lengang pun ada kes camgini

Dulu ye lengang..tp skrg dah crowded jgk Jasin tu

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 10:42 AM | Show all posts
Rindu pekan Jasin yg dulu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2024 10:53 AM | Show all posts
DEPA DAH START BUAT PERANGAI MACAM NEGARA ASAL TOK NENEK DEPA
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
PH menang rakyat tenang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2024 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
main kejar2 tetak2 plak dah...byk sgt tgk drama ke apa?
padan muka yg 3 org kene tgkap tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 11:02 AM | Show all posts
imanjannah replied at 27-8-2024 10:24 AM
dah macam apa jenayah sekrang

kan.. seram betul...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 11:43 AM | Show all posts
malaysia masih ariman
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebijik mcm drama Tamil siap ada adengan kejar mengejar. Last2 masuk lokap ....bodoh betul
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 02:20 PM | Show all posts
leluhur parasit hina
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 27-8-2024 10:58 AM
PH menang rakyat tenang

Sukurlah meleysia massih aman
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai hospital balai polis longkang jalanraya rumah semua x selamat
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 27-8-2024 04:09 PM
Kedai hospital balai polis longkang jalanraya rumah semua x selamat

Jadi tang mana yang selamatnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2024 04:20 PM | Show all posts
geng kelly ng ekk?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 04:52 PM | Show all posts
Kalau tetak menetak ni tak lain tak bukan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila la da mcm Columbia aku tgk. Polis mana?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru lepas minum ke masing2 berani luar biasa.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.711562 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list