CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24375|Reply: 1

[Tempatan] KBS akan bantu kembangkan potensi atlet terjun Terengganu

[Copy link]
Post time 28-8-2024 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 28-8-2024 01:20 PM

KBS bantu kembangkan potensi atlet terjun Terengganu
Diterbitkan:  Aug 28, 2024 10:28 AM



Dua penerjun yang menyumbang pingat untuk kontinjen Terengganu dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak baru-baru ini akan meneruskan latihan seperti biasa di bawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh malah memberitahu peluang terbukan buat Uzlifatil Jannah Ashraf dan Ilyssa Ixora Imran melangkah lebih jauh jika menunjukkan prestasi memberangsangkan di Sekolah Sukan Malaysia nanti.

"Pengarah teknikal kebangsaan bagi sukan terjun, Bryan Nickson, telah mengenal pasti penerjun terbabit untuk dipertimbangkan memasuki program pelapis kebangsaan pada tahun hadapan sekiranya mereka menunjukkan peningkatan prestasi di beberapa kejohanan akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama Yeoh berkata, KBS berharap kerajaan Terengganu tidak mendiskriminasi atlet terjun dalam pemberian insentif atas sumbangan yang mereka berikan di Sarawak baru-baru ini.

Ahli Parlimen Segambut itu juga memberi isyarat bahawa penyertaan Uzlifatil Jannah dan Ilyssa Ixora di Sarawak sepatutnya ada dalam pengetahuan pihak kerajaan negeri.

"Untuk makluman semua, setiap peserta yang mewakili negeri di Sukma perlu melalui proses pendaftaran yang dipersetujui oleh majlis sukan negeri tertentu," katanya.

Malaysiakini pada 25 Ogos lalu mendedahkan bagaimana ada atlet beragama Islam mewakili Terengganu dalam acara terjun Sukma di sebalik larangan kerajaan negeri ke atas sukan gimnasitik wanita atas alasan pakaian tidak patuh syariah.

Boleh rencatkan pembangunan

Ia mengundang rasa kurang senang sesetengah penggiat sukan di Terengganu yang menganggap kerajaan negeri menjadikan sukan gimnastik sebagai 'korban' atas garis panduan yang dikeluarkan mereka.

Menjawab isu itu Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu Hishamuddin Abdul Karim menjelaskan penyertaan atlet terjun wanita yang mewakili negeri itu berada di luar pengetahuan kerajaan negeri.

Hishamuddin berkata, secara dasar Terengganu tetap berpegang kepada kod etika berpakaian atlet Muslim ketika bersukan yang dikeluarkan kerajaan negeri sebelum ini.

Katanya lagi, MSN Terengganu juga telah dimaklumkan agar tiada atlet wanita dan Muslim Terengganu yang menyertai acara itu kerana pemakaian yang tidak mematuhi kod etika yang ditetapkan.

“Malangnya, terdapat penyertaan atlet terjun wanita kontinjen Sukma Terengganu yang turut menyertai sama dan berada di luar pengetahuan pihak saya," katanya.



Sehari kemudian Persatuan Renang Amatur Terengganu (PRAT) tampil memohon maaf atas "kesilapan" menghantar atlet terbabit dan memaklumkan ia dibuat atas inisiatif sendiri dengan kos ditanggung oleh persatuan dan ibu bapa atlet terbabit.

PRAT juga mengambil tanggungjawab penuh terhadap isu yang menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Pun begitu semalam kerajaan Terengganu dilaporkan berkata Uzlifatil Jannah dan Ilyssa Ixora layak dipertimbangkan untuk menerima insentif atas kejayaan mereka memenangi dua pingat gangsa semasa Sukma 2024 berlangsung.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berkata dia akan menunggu laporan penuh daripada pihak berkaitan sebelum buat keputusan.

Yeoh berkata KBS sebenarnya berasa bimbang terhadap keputusan Terengganu yang mengehadkan pembabitan atlet wanita dalam sukan tertentu.

Katanya langkah itu boleh merencatkan potensi ramai atlet muda yang terbukti mempunyai bakat, serta memberikan impak negatif kepada pembangunan sukan negara secara keseluruhan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 01:04 PM | Show all posts
"Pengarah teknikal kebangsaan bagi sukan terjun, Bryan Nickson, telah mengenal pasti penerjun terbabit untuk dipertimbangkan memasuki program pelapis kebangsaan pada tahun hadapan sekiranya mereka menunjukkan peningkatan prestasi di beberapa kejohanan akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.


heol ni penerjun negara jugakkan
elok la sumbang kepakaran, idea dan tenaga utk atlet2 yg baru2 ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.159969 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list