|
Kuala Lumpur: Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini dibatalkan.
Perkara itu dimaklumkan pihak DBKL menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, hari ini.
Menurutnya, pembatalan itu adalah sebagai menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar pusat bandar raya ini, baru-baru ini.
"Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan kejadian tanah jerlus pada Jumaat lalu yang menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang.
Mangsa dilaporkan terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di lokasi itu dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keenam, hari ini. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|