CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3929|Reply: 0

[Sarawak] Dua penganggur warga tempatan disyaki edar dadah dicekup polis

[Copy link]
Post time 29-8-2024 01:48 PM | Show all posts |Read mode


Dadah yang berjaya dirampas menerusi serbuan pertama yang membawa kepada penangkapan seorang penganggur lelaki warga tempatan berusia 23 tahun pada Jumaat lalu. - Gambar polis

MIRI: Polis berjaya menangkap dua penganggur lelaki warga tempatan dalam dua serbuan berasingan di sini pada Jumaat dan Sabtu lepas selepas disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua tangkapan terbabit dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

“Serbuan pertama dilakukan kira-kira jam 10 pagi pada 23 Ogos (Jumaat) di sebuah pondok di tepi jalan kawasan Miri dan menahan seorang lelaki berusia 23 tahun.

“Hasil pemeriksaan telah merampas satu bungkusan plastik lutsinar di dalamnya terdapat lima peket plastik lutsinar masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 7.71 gram.

“Nilai rampasan barang disyaki dadah itu dianggarkan berjumlah RM850,” katanya dalam kenyataan media.



Bungkusan disyaki mengandungi dadah berjaya dirampas dalam serbuan kedua yang melibatkan penahanan seorang penganggur lelaki warga tempatan berusia 37 tahun pada Sabtu lalu. - Gambar polis

Sementara itu kata beliau, serbuan kedua pula dibuat kira-kira jam 9 pagi 24 Ogos (Sabtu) di sebuah kawasan letak kereta di sini dan menahan seorang lelaki berusia 37 tahun.

“Dalam serbuan terbabit pihak polis telah merampas satu beg hitam mengandungi satu peket plastik berwarna masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 1,040 gram.

“Nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan berjumlah RM36,400.

"Berhubung tangkapan dan rampasan ini, turut disita adalah sebuah kereta yang dianggarkan bernilai RM8,500,” ujarnya.

Oleh itu kata Alexson, nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dalam kedua-dua serbuan ini berjumlah RM45,750.

“Kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman bagi membantu siasatan dan reman diluluskan selama tujuh hari yang masing-masing akan tamat pada Jumaat dan Sabtu ini.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dimana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

“Selain itu, kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Sehubungan itu, Alexson menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah untuk segera melaporkannya ke balai polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.047357 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list